Skip to main content

Wanita Pertama Mati Syahid ~ SUMAYYAH

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yg teguh,
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera,
Dibelenggu jahiliyah kau tempuh dgn berani,
Walau pun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan..
Padang pasir menjadi sksi ketabahan keluarga itu,
Tika suami dan ank dibaring menghadap mentari,
Disuruh memilih iman atau kekufuran,
Samar jahiliyah atau sinaran akidah.....


Sabarlah keluarga Yasir bagimu syurga di sana,
Dan kau pun tega memilih syurga walau terpaksa mengorban nyawa,
Lalu tombak yg tajam menikam jasad mu yg tiada bermaya,
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah..


Darahmu menjadi sumbu pelita iman,
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah,
Tangan yg disangke lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah..


 Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara,
Untuk hidup di syurga yg selama-lamanya,
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia,
Namamu tetap menjadi sejarah....


SUMAIYYAH.....(Wanita pertama mati syahid)


Sumayyah merupakan ibu kpd Ammar bin Yasir dan merupakan wanita pertama yg menemui syahid dalam Islam. Isteri kepada Yasir dan sangup menentang Abu Jahal yg terkenal dgn sifat bengis dan kejamnya.
Kisah yg menyayat hati.. 
          Sumayyah bersama suami dan anaknya dijemur di tengah padang pasir yg sangat panas apabila diketahui oleh orang kafir Quraish tentang keislaman mereka sekeluarga. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga mereka tidak mampu untuk bergerak apatah lagi untuk melawan. Mereka telah diseksa dengan kejam mengikut keinginan Abu Jahal. Namun, semasa penyeksaan dilakukan, tidak langsung  kedengaran sepatah kata pun dari mulut Yasir dan puteranya Ammar. Mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yg beriman ini agar mereka menyatakan murtad dari agama Islam. Kerana kecintaan yg begitu tinggi terhadap agama, Sumayyah lebih rela mati dibunuh daripada berpaling dari agama Islam...


Kekentalan hati Sumayyah

  • Sumayyah menentang dengan terus terang serta menyatakan bahawa ia tetap berpegang teguh dengan keimanannya.
  • Kerana mereka telah mendengar sabda Rasulullah S.A.W ketika baginda melalui tempat mereka diseksa "Bersabarlah keluarga Yasir kerana tempat yang dijanjikan syurga untuk kamu adalah syurga.
  • Segala seksaan akan ringan kerana semuanya akan berakhir dengan kenikmatan syurga.
  • Sumayyah tetap dengan pendirian dan keimanan yg kukuh di dalam jiwanya.
Ibnu Sa'ad meriwayatkan dgn sanad yg sahih dari Mujahid, ia berkata:
"Wanita yang pertam"a sekalinya mati syahid dalam Islam ialah Sumayyah ibu Ammar bin Yasir, seorang wanita yang sudah tua dan lemah..

Begitulah kisah Sumayyah yg telah diceritakan oleh sahabat seusrah saya... sama2 kita kongsikan sejarah pejuang Islam. Semoga kita semua dikentalkan hati untuk berpegang dengan akidah iman kita. Akidah kita terhadap Allah S.W.T.


Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...