Skip to main content

k-FIQH--> Kedudukan Wanita di dalam Islam

~ANTARA LIBERAL DAN EKSTREM~


Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak yang kami dapat dalam segmen ini yang telah disampaikan oleh Dr Mohd Sukki Othman dan Dr. Zahazan Mohamed.
Walaupun masa yang diberikan kepada ahli panel tidak mencukupi iaitu 30 minit setiap seorang, alhamdulillah dapat juga dikongsikan maklumat-maklumat dalam lecture note...


Lelaki dan wanita adalah manusia ciptaan Allah yang mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mencari keredhaan Allah. Islam sangat mengangkat martabat wanita berbeza dengan fahaman yang lain. Dalam Islam, keadilan dijalankan mengikut fitrah. Antara surah-surah yang banyak membincangkan soal wanita adalah surah An-Nisa' dan Surah Maryam, begitu juga surah An-Nur.

Kami dihidangkan dengan sirah tokoh wanita yang banyak berkorban di zaman Nabi SAW.
Beliau adalah Asma' Abu Bakar iatu puteri kepada Sayyidina Abu Bakar siddiq.
Ketabahan Asma' dapat dilihat apabila berlakunya peristiwa hijrah, Asma' juga turut sertai hijrah dalam keadaan sarat mengandung dan mengenepikan segala kesusahan demi mencari redha Allah. Suami asma' adalah Zubair. Asma' selamat melahirkan anak lelaki yang bernama Abdullah bin Zubair di Quba' dan Abdullah merupakan anak lelaki pertama dalam peristiwa hijrah. Asma' banyak menceritakan perjuangan Baginda SAW kepada anak-anaknya supaya tokoh yang sangat dikagumi itu menjadi ikutan untuk anak-anaknya menjalani kehidupan.

Sebelum Kedatangan Islam, kedudukan wanita di sisi......

>orang Yunani<
-sama rendahnya dengan barang dagangan dii pasar
- dirampas hak, tiada pusaka
-tidak berhak menggunakan harta
>orang Rom<
-'wanita itu tidak mempunyai roh'
-mengalami seksaan dan kekejaman
>orang Cina<
-berhak menjual isteri
-keluarga mendiang suami berhak ke atas dirinya
-seperti barang peninggalan yang boleh diwarisi
>orang Hindu<
- tidak berhak hidup setelah kematian suami
- ukuran wanita adalah seperti kematian, neraka, racun dan ular
>orang Nasrani<
- sumber kejahatan
-wanita diciptakan untuk melayani lelaki sahaja
>orang Parsi<
- boleh menikahi ibu, saudara perempuan yang lain serta mahramnya
- ketika haid, akan diasingkan ke luar kota
>orang Yahudi<
-martabat seperti pelayan
-wanita sebagai laknat sebab menyesatkan Adam
-dikuarantin ketika haid
>orang Jahiliyyah<
-tidak memiliki hak waris
- barang dagangan
-simbol kesialan

DALAM ISLAM...kedudukan wanita telah diangkat...

Allah Taala telah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-13;
" Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-'Alim ( Maha Mengetahui), lagi al-Khabir ( Maha mengenal)".

Rasulullah SAW telah mengangkat kedudukan dan martabat kaum wanita dan mengembalikan hak-hak mereka semula mengikut syariat Allah Taala, dan di situlah berkembangnya ajaran Islam yang harmoni, aman dan adil kepada semua manusia. Mngikut sejarah Islam, ajran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW mula berkembang melalui golongan hamba, fakir miskin dan mereka yang ditindas serta dizalimi oleh sistem kabilah puak Arab Jahiliyyah yang ternyata tidak adil kepada golongan yang lemah seperti wanita, orang tua dan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

kedudukan Wanita : "Antara Liberal dan Ekstrim"

  • Hak sama rata antara lelaki dan wanita
  • Kewajipan menutup aurat
  • Persoalan poligami
  • Harta pusaka
  • Feminisme ( perjuangan untuk menyamakan lelaki dan wanita di segala segi) di antaranya adalah         -lelaki perlu beriddah selama 130 hari sebagaiman wanita beriddah                                                     -wanita diberi kuasa menjatuhkan talak                                                                                               -pembahagian pusaka sama di antara anak lelaki dan wanita                                                               -poligami adalah tidak sah


Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...