Skip to main content

k-FIQH --> Pengamatan Prinsip dan disiplin kewanitaan dalam Surah An-Nur

Syair Imam Syafie..
"Wahai saudaraku engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan enam syarat, saya akan menerangkan perinciannya dengan jelas: Kecerdasan, ketamakan terhadap ilmu dan kesungguhan ; biaya, bimbingan guru dan lamanya menuntut ilmu"

Bismillahirrahmanirrahim..
Sharing of this topic that presented by Dr. Sofiah Samsudin.

kehidupan dan cahaya dalam Surah An-Nur banyak dikaitkan dengan wanita..



Prinsip dan disiplin. menurut kamus dewan (2002), prinsip bererti asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian dan tindakan. Ia bersinonim dengan asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak, lunas, teras, tunjang, pegangan, sandaran, landasan, pokok.
Disiplin pula bererti peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.

~Nur Qur'ani VS Dzulmah Syataniyyah~
Prinsip hidup berdasarkan Nur Qur'ani akan menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat, Insya-Allah.
1) Al-Iffah (hidup bermaruah dengan menjauhi segala yang membawa kepada zina)
2) menutup keaiban ( maruah ) saudaranya
3) Menyuburkan ilmu dan meneladani akhlak mulia

Dzulmah Syataniyyah:
1) Zina, homoseksual dan lesbian
2) Qazaf, li'an dan hadith al-ifk
3) Menyebarkan kekejian secara terang-terangan ataupun tersembunyi.

Disiplin Kewanitaan Berdasarkan Nur Qur'ani:
1~ Disiplin al-Isti'nas (minta izin) untuk masuk ke rumah orang dan Ucapan Salam
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehinggalah kamu lebih dulu meminta izin serta memberi salamm kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat ( mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu.)." (27)

2~ Disiplin Memelihara Pandangan dan kemaluan
ayat 31: " Katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripadamemandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.."

3~ Disiplin al- Ziinah ( Perhiasan), al-Libas (pakaian) dan Mahram
...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya ; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara merekayang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka ; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

4~ Disiplin al-Zawaj dan al-isti'faf (disiplin perkahwinan dan menjauhi diri dari zina)
" Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya keran Allah Maha Luas (rahmat dan limpah) dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

5~ Disiplin al-isti'zan (disiplin  meminta izin memasuki rumah bagi hamba, anak dan kaum kerabat yang belum baligh dan selepas baligh)
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa ; iaitu sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang isyak ; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya yang menjelaskan hukum-hukumNya dan ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Bijaksana."

6~Disiplin berpakaian dan tabrruj bagi wanita menopause
"Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak berharap berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menaggalkan pakaian luarnya, dan dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasa mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar; Lagi Maha Mengetahui...

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...