Skip to main content

Cinta High Class...

Bual bicara bersama seseorang yg saya kagumi sejak 5 tahun yg lalu..  ~ustazah Fatimah Syarha.~


Dalam tajuk bicara beliau, selalunya mengisahkan tentang cinta sebelum nikah, cinta selepas nikah dan cinta yg paling agung, Cinta Allah SWT..
Dikaitkan dengan zaman masa ini, berlakunya penzinaan, masalah sosial yg sukar dibendung dan cara melaksanakan cinta yg salah, tidak kena pada tempatnya...hampir 80% pasangan kekasih @ couple kini yg terlibat dgn zina... Astaghfirullah... Salah siapakah??.. Muhasabah diri masing2.. Mungkin yg baca ini, tidak trlibat dlm msalah tersebut ,ttp sanggupkah kita melihat saudara mara kita, saudara seagama terlibat dalam kancah maksiat.. Nauzubillahiminzalik...
Ayuh sama2 kita sebarkan dan sedarkan masyarakat sekeliling kita tentang bahaya zina, dan usaha utk menjauhkan diri dlm menghampiri jln zina....
"prevent is better than cure"....
Seringkali kita memandang serong dan jijik kpd penzina, walhal penzina tidak jijik tetapi DOSA yg dilakukan itu yg jijik. Penzina boleh menyucikan diri dengan taubat yang sesungguhnya, taubat nasuha.
Duhai anak muda yg sedang berpacaran, perhatikan ya, bila sebelum menikah dah berani buat ringan-ringan, jgn terkejut lepas nikah nanti ada perkara 'berat-berat' yg akan berlaku....
Kembali kpd Cinta High Class...
Fitrah akan jadi jernih dengan FIKRAH... Mintalah fatwa dari hati andai ada  kegusaran berlaku dlm diri terutamanya apabila ingin membuat pilihan soal hidup dan jodoh.. Perkara yang baik adalah apabila kita rasa tenang dalam hati dengan keputusan yang kita ambil. Perkara yang buruk ialah rasa gelisah dan tidak tenteram.
Bila Allah ada dalam hidup, tidak ada perkara yang akan membuatkan kita kecewa kerana Allah ada pada jiwa.
BE THE BEST FARDHUL MUSLIM, YOU CAN BUILD A GREAT BAITUL MUSLIM, insyaAllah....
Ayuh sama-sama kita tingkatkan amalan kebaikan dgn mengamalkan 10 muwasafat tarbiyah.. Apabilakita sedar bahawa kita sudah melakukan dosa, cepat2 kita kembali kpd Allah dgn taubat. Cuba didik diri untuk denda diri apabila melakukan dosa!!!..
~Tali Pertunangan~
Seperti yang semua sedia maklum, ikatan pertunangan bukanlah ikatan yang menghalalkan kedua-dua lelaki dan perempuan utk berpegangan apatah lagi utk berhubungan seperti suami isteri.. Masih terdapat cara-cara untuk memuliakan hubungan pertunangan dengan mengharap cinta Ilahi..
Pertunangan merupakan muqaddimatul zawaj. Dalam tempoh pertunangan, janganlah terlalu muncul dan janganlah terlalu hilang. Kalau terlalu muncul, takut terlibat dalam pembaziran dan takut timbul bibit curiga. Tetapi kalau terlalu hilang, takut juga tiada perbincangan yang dilakukan dan nampak tiada persediaan ke arah perkahwinan.. Kedua-bakal pengantin hanya perlu muncul apabila PERLU dalam tempoh pertunangan.. Munculnya apabila mahu berhubung menuju ke arah pernikahan dan persediaan yang perlu...
-Tempoh Pertunangan-
Dalam tempoh bertunang ini,  seharusnya tidaklah terlalu tergesa-gesa takut-takut nanti akan ada padah apabila berkahwin kelak. Dalam tempoh tersebut, mestilah diisi dengan perancangan yang rapi untuk membina baitul Muslim yang diredhai Allah. Untuk yang bertunang lama, jagalah hubungan kamu  sebaiknya dengan mengikut landasan yang betul. Semoga setiap apa yang dilakukan mendapat redha Allah...
(mengharapkan sebuah hubungan pertunangan dan pernikahan yg akan dihadapi nanti diredhai Allah... Cinta High Class... Cinta yg penuh dengan rahmat Allah.. <3 )

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...