Skip to main content

Pemuda penyambung rantai dakwah

Ringkasan Liqa' bersama UTITM:

Al-Fadhil Ustaz tidak memulakan pengisian dengan mukaddimah yang panjang. Beliau terus mengaitkan erti kita berada dalam jamaah dan keberuntungan orang-orang yang berada dalam saff perjuangan Islam. Mulianya kita kerana kita membawa risalah yang dibawa oleh Nabi.

Ada satu hadis menyebut bahawa 2 golongan yg hampir dengan darjat kenabian yakni:

1. Orang yg berjihad
2. Ahli ilmu

Orang-orang yang berjihad adalah orang yang berjuang dan berkorban demi menegakkan agama Islam. Manakala ahli ilmu pula adalah mereka yang menjaga kesucian risalah Islam.

Disebut bahawa bersama Nabi juga ada dua golongan yang berjuang membawa risalah Baginda.

1. Para Sahabat
2. Hawariyyun

Para sahabat adalah mereka yang hidup sezaman dengan Nabi, beriman dengan Nabi, dan berjumpa dengan Nabi walaupun sekali. Melengkapi ketiga-tiga syarat ini, mereka adalah para sahabat Rasulullah. Diberi contoh Uwais al-Qarni, walaupun beliau hidup sezaman dengan Rasulullah, sempat berjumpa para sahabat, namun ketika kunjungannya ke Madinah, beliau tidak sempat berjumpa dengan Rasulullah kerana Baginda tidak berada di Madinah pada ketika itu. Oleh itu, Uwais al-Qarni tidak dikategorikan sebagai sahabat Nabi.

Hawariyyun pula adalah mereka yang beriman dengan Nabi, dan mereka turut berjuang mempertahankan risalah Nabi. Mereka ini adalah golongan yang sedikit jumlahnya. Mereka juga disebut sebagai ahli jihad.

Ramai orang yang menyokong Islam. Tetapi tidak ramai yang bersedia memperjuangkan Islam. Bahkan ramai yang sedih dengan kekalahan Islam. Tetapi tidak ramai yang turun memperjuangkan kemenangan Islam. Kalah atau menang dalam perjuangan bukanlah petanda bahawa kita salah atau kita betul, kerana kalah menang sudah menjadi aturan Allah sejak azali. Tetapi persoalannya, di mana kita dalam perjuangan? Apa yang kita lakukan untuk perjuangkan Islam? Justeru tuntutan perjuangan adalah Fardhu Ain kepada ahli harakah.

Walaupun demikian, risalah perjuangan Baginda akan sentiasa disambung dan diteruskan. Sabda Nabi saw, "Akan tetap ada (walau dalam apa keadaan sekalipun) sekumpulan orang yang akan bangun memperjuangkan Islam."

Menyentuh aspek pemuda sebagai tonggak penting dalam perjuangan, al-Fadhil Ustaz menaqalkan kata-kata Imam Hassan al-Banna, bahawa pemudalah yang perlu memperjuangkan Islam, kerana pada diri mereka ada empat perkara.

1. Semangat yang berkobar-kobar
2. Cita-cita yang tinggi
3. Tenaga yang masih kuat
4. Masa depan yang masih panjang pada kebiasaannya.

Pemuda, sifat mereka tidak akan bercerita tentang perkara yang sudah lepas. Mereka bercerita tentang apa yang ingin dilakukan. Menjadi nostalgik dan bercerita kisah lama adalah sifat orang-orang tua. Namun semangat, cita-cita dan tenaga sahaja belum mencukupi. Gerak kerja dalam perjuangan Islam perlu ada kaedahnya. Ia perlu dipandu oleh strategi yang tepat dan betul. Ketika inilah, pengalaman dan ilmu orang-orang tua perlu dijadikan panduan oleh pemuda.

APA YANG PERLU KITA MINTA/DOA DALAM PERJUANGAN?

ربنا اغفرلنا ذنوبنا وإسرافنا في أمرنا وثبت اقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين

1. Minta ampun dengan Allah terhadap dosa yang kita lakukan. Perkara yang menyekat kemenangan kita adalah dosa. Dosalah yang menyebabkan kita rasa tidak senang dan tidak selesa dalam jemaah dan melakukan gerak kerja Islam.

2. Minta supaya ditetapkan diri dalam perjuangan (ثبت أقدامنا)

Ketika berkongsi tentang istiqamah, al-Fadhil Ustaz berkata, beliau tidak ada satu formula khusus bagaimana untuk istiqamah, kecuali ia akan datang melalui:

1. Keikhlasan dalam perjuangan kerana Allah Taala.
2. Doa yang berterusan kepada Allah swt.
3. Memelihara amalan yang bersifat jama'ie. Pesan ustaz, ambillah bahagian dan peranan dalam t jemaah sekalipun menyusun kerusi dalam program.
4. Pelihara amalan-amalan sunat yang diajar oleh Nabi. Solat sunat, puasa sunat dan sebagainya.
-Ust.Tuan Ibrahim Tuan Man
_Ijtima' Alimat Kebangsaan_

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...