Skip to main content

Sebab-sebab Allah Turunkan Bala


Kuliah maghrib/tazkirah.. 
Ust Dato Hassan Din

Hukum azan=sunat
Tuntut ilmu = wajib

Bala= sesuatu yang tidak diingini.. 
Takutlah kamu, bala Allah akan turun, akan menimpa semuanya..ayat Al-Quran

Kalau di zaman umat nabi dahulu, bala akan turun kepada orang yang mengingkari perintah-Nya.. 
Kaum Nabi Nuh - ditimpa bala banjir. Nabi Nuh hidup dan berdakwah selama 950 tahun kepada umatnya.. Hanya beberapa orang sahaja, sesetengah ulama mengatakan x sampai 40 orang..
Holy Quran 71:7
------------------
وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا

"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.

Nabi Nuh diperintah untuk membina bahtera..mengajak umatnya dan keluarganya untuk naik.. Tetapi mereka masih enggan mengikut. Dalam sekelip mata sahaja berlaku bah besar.. 
Nabi Nuh merajuk, lalu berdoa ,kepada Allah.. 

Kaum Aad, puting beliung 7 hari 7 malam
Kaum tsamud, bumi diterbalikkan.. 

Zaman umat akhir zaman, Allah turunkan bala kerana ada sebabnya..
Allah murka, nak bagi peringatan!!

Kesilapan yang dilakukan oleh orang kita ialah lebih mementingkan tempat perlindungan, berbanding berfikir mengapa bencana tersebut berlaku..
Kata ulama' --> Bila satu kampung, taman, negeri, tempat banyak berlaku zina dan riba', Allah akan turunkan bala.. 
 Tidak ada sesuatu kaum yang menghalang harta mereka daripada mengeluarkan zakat, sama sepertimana langit menahan hujan daripada turun ke bumi...

Elakkan daripada melakukan maksiat untuk hindari bala.. 

Hadis..
Sejahat-jahat manusia yang mencuri, ialah orang-orang yang mencuri dalam sembahyang..
Sahabat bertanya..Ya Rasulullah, bagaimana orang yang mencuri dalam solat?
Baginda menjawab: mereka yang Rukuk dan sujud dengan tidak sempurna.. 

Solat lah kamu sepertimana kamu lihat aku (baginda aNabi) solat..
Ikutlah sunnah Nabi dalam solat.
Sujud dengan 7 anggota.. Dahi, dua tapak tangan, dua kepala lutut, dua tapak kaki(perut jejari kaki) 
Jika sujud tidak sempurna, bererti rukun solatnya tidak sah.. 

Holy Quran 107:4
------------------
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

Barangsiapa sengaja meninggalkan satu solat,maka demi sesungguhnya terhapus semua amalan!!

Sebaik-baik bekalan di dunia ialah TAQWA..



Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...