Skip to main content

Qudwatun Hasanah Ya Rasulullah.

Syeikh Ahmad Faisol
Ketua penolong pengarah bahagian undang2 syariah..JAIK

Innaddeena'indallahilIslam

Siapa yg mencari agama selain Islam sebagai anutan, nescaya dia termasuk dalam golongan orang yang rugi.

Wahai org2 beriman, taatlah kamu kepada Allah, Rasul dan ululalbab...
 nabi Muhammad merupakan Rasul yang wajib kita ikuti..
Holy Quran 33:21
------------------
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Ciri-ciri pengikut Nabi
1) mengharapkan keredhaan Allah
Kesannya redha, dapat rahmat Allah, kemudian dapat nikmat Allah..
Tetapi ada juga yg dpt nikmat Allah, x dpt rahmat Allah
Allah Taala bagi dunia kepada org yg dikasihi dan tidak dikasihi
Tetapi Allah tidak bagi agama kepada sesiapa melainkan kepada orang yang dikasihi.

Jika tiada pedoman agama, kehidupan jadi tak ketahuan..

23 tahun masa yang diambil oleh nabi untuk menyampaikan agama..
 Kita perlu kasihkan orang yang membawa agama..ajaran Islam
Macam mana nak kasihkan nabi??
- selawat banyak-banyak
- rajin sebut nabi melebihi orang lain
-
Barang siapa yang taatkan Allah dan rasulnya, nescaya dia akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Kaya x semestinya bahagia, tetapi kaya juga membawa bahagia..
susah x semestinya x bahagia

Apa yang Rasul sampaikan kepada kamu, amalkan..
Apa yang dilarang, jauhkan.
Jaga aqidah! Jaga aurat!
Jangan mempersendakan hukum Allah!
Jaga Ibadah kepada Allah SWT.. Sejak aqil baligh..
Sebaik-baik solat ialah solat berjemaah..
Solat seorang-seorang lebih baik daripada x solat langsung..
Muamalat, munakahat, semuanya kena ikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah..

Dalam hidup bermasyarakat kena ada taawun.. Saling menolong..orang kaya tolong duit, orang miskin tolong qiang..

Jangan dengar ceramah sekali-sekala, tetapi perlu konsisten..

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...