Skip to main content

21 Petua & Amalan Menambah Rezeki

Amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk menambah rezeki:


1) MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
 Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi" " Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. jika tidak melakukannya makan Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." ( hais riwayat Ahmad, Tarmizi, Ibu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2) AMANAH
Di dalm sebuah hafis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Amanah menaik rezeki, khianat mengundang kefakiran". contoh terbaik bersifat amanah adlah Nabi Muhammad SAW sendiri. Amanah bermaksud kejujuran, kepercayaan melaksanakan sesuatu dengan betul mengikut lunas-lunas Islam. melaksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya tanpa sebarang penyelewengan.

3) MEMPERBANYAK ISTIGHFAR
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangkka." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdulllah bin Abbas r.a)

4)TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Sabda RasulullahSAW : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
bahawa dosa yang dilakukan terhadap Allah SWT dan sesama manusia, menjadi penyebab 'sempit" dan terhalangnya rezeki Allah dari kita? tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, "Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.

5) SENTIASA INGAT ALLAH SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lpang. Ini rezeki yang hanya Allah SWT beri kepada orang beriman. Firman-Nya "...(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram.

6) BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Hadis Riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda : " Siapa yang membahagiakan ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya."
(Hadis Riwayat Abu Ya'ala, at-TAbrani, al-Asybahani dab al-Hakim)
SAbda  RAsulullah SAW : " Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua otang tuanya, nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (HAdis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailani)

7)BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG LEMAH
Sabda Rasulullah SAW : "TIdaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu," (Hadis Riwayat Bukhari)

8)TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah SWT lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seeperti sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya.." (Hadis Riwayat Muslim)

9)BANYAK BERSELAWAT
Banyakkan lah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga Baginda.

10) KERAP MEMBUAT KEBAJIKAN
Ibnu Abbas berkata : " Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. manakala kejahatan pula melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluuk lain mengutuknya."

11)MENJALIN SILATURRAHIM
Rasulullah SAW bersabda: "BArangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari)

12) BERPAGI-PAGI
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

13)MELAZIMI KEKAL BERWUDUK

Seorang Arab desa menemui RAsulullah SAW dan maminta pedoman, termasuk mahuu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :" Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayyidina Khalid al-Walid)

14)BERSEDEKAH
Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam : " HAi Zubir, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu di Arasy, yang dikirim oleh Allah SWT kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. MAka siapa yang memprbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan , nescaya Allah SWT menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

15) MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJJUD)
Ada keterangan bahawa sentiasa bertahajjud mudah memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah SWT.

16) MELAZIMI SOLAT DHUHA
Amalan solat dhuha mempunya rahsia tersendiri. Firman Allah dal hadis qudsi : "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan solat empat rakaat pada waktu permulaan siang (soalt dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

17) BERSYUKUR KEPADA ALLAH
 Syukur ertinya mengakui segal pemberian dan nikmat Allah SWT. Lawannya kufur nikmat. Allah SWT berfirman: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesunngguhnya azab-Ku amat keras,"
(Surah Ibrahimm: ayat 7)
Firmannya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.:
(Surah al-Imran : ayat 145)

18) MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU
Dua ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca konsisten 7 kali setiap lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah SWT lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah SWT, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu: misalnya dibaca "YA Allah ya FAttah" berulang-ulang, diiringi doa : "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

19)BERDOA DAN BERTAQWA
Firman Allah SWT yang bermaksud ,"Jikalau penduduk sesuatu penduduk kampung (negeri) beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukakan ke atas mereka pintu-pintu keberkatan dari pihak langit dan pihak bumi."

20)BERIKHTIAR SEHABISNYA
Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah SWT berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

21)BERTAWAKAL
Firman-Nya : " BArangsiapa bertawakal kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT mencukupan keperluannya." Surah At-Thalaq, ayat 3)
Nabi SAW bersabda : " Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebnar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar al-Khattab r.a.)


yusran.....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...