Skip to main content

future and death??

Bismillahirrahmanirrahim..
Antara masa hadapan dan kematian????




Our future life @ masa depan kita. Mestilah kita nak masa depan yang cerah, ada rumah besar, bekerjaya, suami soleh, ada harta dan sebagainya. Sekarang ni kita tengah prepare untuk menggapai impian kita di masa hadapan. Macam2 yg perlu dilakukan. Kalau nak bekerjaya mestilah kena belajar sehingga ke menara gading. Masuk Universiti, graduate, pass interview dan yea, inshaAllah dpt kerja yg molek. Ops, skill itu juga penting yea...Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. kan??
Begitu juga dengan kematian. jangan kita pandang enteng kepada kematian ini kerana..

Kematian itu merupakan sesuatu yang pasti berlaku, akan berlaku cuma kita tidak tahu bilanya kita akan  mengahadapi kematian ini. Apa yang penting kita perlulah bersedia untuk mengahadapi kematian ini dengan menyediakan amalan2 yang dapat menggapai redha Allah SWT. InshaAllah...

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Tidak ada satu umat pun yang dapat mendahului ajalnya dan tidak pula dapat melewatkannya."
Surah Al-Hijr (15:5)

Jadi untuk menghadapi kematian, persediaan yang perlu dibuat adalah dengan memperbanyakkan amalan2 kebaikan dan melakukannya ikhlas kerana Allah SWT. 
Sesungguhnya sabda Rasulullah SAW:
"Orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati."
Hal ini kerana orang tersebut akan melakukan persediaan yang mantap.



Saya yakin mesti ramai yang pernah dengar cerita tentang dua orang hamba Allah yang hidup berjiran. Seorang merupakan lelaki yang soleh dan menetap di atas manakala seorang lagi merupakan lelaki kaya yang sukakan hiburan dan menetap di bawah (dalam bangunan rumah yang sama). Lelaki soleh ini setiap hari melakukan amalan-amalan mulia seperti solat sunat, bersedekah dan sebagainya.  Setiap malam lelaki ini akan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.Lelaki yang kedua tadi pula boleh dikatakan setiap malam menjadikan rumahnya pusat hibura , bising dengan music2 rock nye dan dangdut ala-ala gitu.

Satu hari, terdetik di hati  lelaki pertama utk turun melihat apa yang jiran bawahnya lakukan kerana dia selalu dengar  bunyi music dan ingin melihat suasana tersebut. Lelaki kedua tadi pula terdetik di hatinya untuk mendengar lelaki soleh tadi mengalunkan Al-Quran dan naik ke atas rumah jirannya. Tiba2..... Bangunan tersebut runtuh dan kedua lelaki tersebut meninggal di tempat kejadian di mana elaki pertama tadi meninggal dalm rumah yang penuh dengan hiburan (rumah lelaki kedua) manakala lelaki kedua tadi meninggal di dalam rumah yang tenang, (rumah lelaki pertama.......

Ibrah dari kejadian ini................................ Wallahualam.. mohon maaf atas kekhilafan diri ini.

Jadi........ Jom sahabat2 kita banyakkan amalan kita supaya Allah redha. Banyakkan mengingati mati di mana pun kita berada kerana kematian itu sesuatu yang pasti.  Semoga kita mati dengan keimanan.

Jom berdoa :
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkankami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...