Skip to main content

Kenapa Aku Berselawat???

"Allahummasollia'lasayyidinaMuhammad"


Bismillahirrahmanirrahim...
Tanggal 22 Februari yang lalu, Pusat Islam, Masjid Al-Malik, USM telah menganjurkan satu ceramah atau tazkirah yang bertajuk seperti di atas.. "Kenapa Aku Berselawat?"

Haaa... Nak tahu tak kenapa kita berselawat?.. Mestilah untuk memuliakan nabi Muhammad SAW, Rasulullah junjungan yang mulia... Seringkali kita, orang Melayu ni, apabila tiba ja 12 rabiulakhir, mesti ada perarakan sama ada di sekolah mahupun di masjid2.. sambil berarak sambil berselawat.. fahamkah kita tentang setiap bait selawat yang kita sebutkan.. Kenapakah kita Berselawat?...

Sesungguhnya Allah dan malaikat -malaikat berselawat ke atas nabi..

Ini... di sini saya senaraikan 15 point yang saya dapat dari tazkirah tersebut...
Kita berselawat kerana...
1) Allah SWT akan berselawat 10 kali kepada siapa yang berselawat ke atas nabi.
" Sesiapa yang berselawat ke atas aku satu, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali"
(saya x ingat ini hadis atau tidak..maaf ye..:( )

2) Allah akan catatkan sepuluh kebajikan (pahala ) untuk satu selawat.

3) Dihapuskan 10 keburukan (dosa) dan diangkat darjat 10 kali lebih tinggi.

4) Akan dapat duduk bersama Nabi di akhirat kelak

5) Akan mendapat doa dan selawat dari Malaikat

6) Memohon wasilah daripada Nabi.. (cuba baca doa selepas azan, kita ada minta wasilah, jalan yang baik)

7) Mendapat Keberkatan
terutamanya keberkatan apabila berselawat di hari yang Barakah, "Sayyidulayyam" hari Jumaat..
Hari Jumaat- terdapat 3 perkara yang berlaku pada harinya iaitu benyakkan berselawat, banyak keberkatan dan terjadinya hari kiamat

8) Allah akan makbulkan permintaan kita, Insya-Allah
-masa berdoa, kita digalakkan untuk memuji Allah dan berselawat ke atas nabi.

9) Untuk mendapat syafaat yang tinggi di hari akhirat kelak

10) Nabi bersyukur akan umatnya yang berselawat kepada Baginda

11) Nabi akan tunduk sujud

12) Kita berselawat supaya tidak menjadi orang yang hina

13) Menhgelakkan penyesalan di hari kiamat

14) Bebas daripada sifat bakhil
-"Orang yang bakhil(kedekut) ialah orang yang apabila orang lain berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW, di tidak menyambung selawat itu.."

15) Jika tidak berselawat atau tidak menyambung selawat itu, akan hilang punca nak masuk ke syurga.
-


~mereka-mereka yang berjaya adalah orang yang ~
beriman kepada nabi --> memuliakan Nabi ---> menolong Nabi ---> mengikut cara dan sunnah  Nabi

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...