Skip to main content

~Yakin Engkau Dengan ALLAH~

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah diberi peluang untuk mengikuti pengajian di Darul Hadis walaupun hanya sebentar cuma. Sesungguhnya pengajian kilat selama 10 hari di Darul Hadis, Alor Setar banyak memberikan ilmu yang tidak dapat dipelajari di tempat saya belajar sekarang..



Beruntung kanak-kanak yang telah dihantar di situ kerana dididik dengan sunnah-sunnah Rasulullah. Tenang hati ini melihat mereka, berjubah putih dan berserban. Sangat tersentuh apabila didendangkan dengan persembahan qasidah yang sungguh merdu oleh anak-anak di tengah-tengah kuliah Pak Long Zainul Asri.

"Yakin Engkau Dengan Allah"
-oleh : syeikh Zainul Asri-

Subhanallah, Alhamdulillah ya Allah.. pengisian yang diberi oleh Pak Long sangatlah menyentuh di sanubari. Walaupun hanya beberapa ayat yang dikupas, tetapi isinya cukup menggetarkan jiwa  tentang keyakinan kita... Dan Yakin itu......!!!!
Sabda Rasulullah SAW, ;
      Dan yakin itu (yakni yakin seseorang itu dengan Allah), keluar engaku dari ingkar

Yakin engkau dengan Allah--> pandang dengan mata hati, 
                                         --> diam (tidak bergerak)
                                         --> rasa selamat dengan Allah
Allahurabbi.. keyakinan yang utuh jika kita yakin dengan Allah. tidak ragu-ragu dengan takdir dan ketentuan-Nya.Gantikan pergerakan hati kita dengan diam. Jangan memikirkan kerja Allah, biar Allah sahaja yang menentukan, apa yang perlu kita buat adalah berusaha sebaiknya...
......blurr... persoalan di benak fikiran??.. contoh situasi:  Fatimah ingin cemerlang dalam peperiksaan semester yang baru.Sebelum mulakan semester pengajiannya, dia sangatlah risau dan bimbang yang teramat sangat jika tak dapat excellent dalam resultnya nanti. walhal, masih ada masa lagi untuk berusaha untuk mencapai kejayaan itu. Apa yang nak dikatakan di sini, Fatimah x perlu risau sangat kerana Allah yang akan bagi kejayaan pada makhluknya.. Jangan dirisaukan sangat tetapi banyakkan berusaha untuk capai kejayaan itu. Insya-Allah Allah akan beri kebahagiaan kepada hamba-Nya yang ikhlas meminta dan berusaha...ooo...

Tetap hati pada sesuatu...!!!!
Kita laksanakanlah tugas kita sebagai hamba di muka bumi ini.. Ingat, tidak ada pergerakan selain Allah.Kita hidup ini, tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak sama ada manusia lain, kerajaan ataupun pekerjaan yang makan gaji. Kami diketuk dengan soalan yang dituju iaitu apakah tujuan belajar di menara gading???... Kerana pangkatkah? Kerana mahu dapat pekerjaan kerajaankah? kerana ingin hidup mewah kah?... Ya Allah, betulkan niat ku ya Allah... Sesungguhnya belajar itu adalah untuk menuntut ilmu Allah di samping menggapai redha Ilahi dan melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim (menuntut ilmu,amal, dakwah,gerakan)....
Jika ada rezeki, Insya-Allah tidak akan ke mana rezeki kita itu. usahalah semaksima yang mungkin, then berserah kepada Allah...-->itulah konsep BERTAWAKAL

Bermujahadahlah, jangan ikutkan nafsu yang akan merosakkan diri kita.

YAKIN ENGKAU DENGAN ALLAH...~



Comments

  1. Allah..tringat kat Pak long..alfatihah..
    Atikah g pgajian yg waktu ble ? hari tu jumpe anis je..=)
    Pak long..'laluilah jalan yg Allah takdirkan..ikut je..jgn kluar landasan..' smoga kita trus istiqamah bersama..=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...