Skip to main content

Cinta Dalam Al-Quran

Konvonsyen bawaku ke syurga...
15 November 2014
Dup D, Usm
Dr Rubiah
ustazah Fatimah Syarha




Surah At-Tahrim,ayat 10,11,12

10; Allah memberi perumpamaan bagi orang yang kafir, isteri Nuh dan isteri Luth. Keduanya ada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, tetapi kedua suaminya tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari seksaan Allah; dan dikatakan kepada kedua isteri itu : "Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang yang masuk neraka."

11; dan Allah membuat perumpamaan bagi orang yang beriman, isteri Firaun, ketika dia berkata:"Ya Tuhanku, bangunkan lah untuk-ku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkan lah aku daripada kaum yang zalim..."

12; dan Maryam puteri Imran memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian daripada roh (ciptaan) Kami; dan Dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabNya dan dia termasuk orang yang taat...

SubhanAllah, daripada 3 ayat di atas, ada 3 kisah yang berbeza..
Setiap yang dilakukan perlu kembali kepada Allah..
Cinta adalah perasaan dlm hati, timbul gejolak dalam hati..
Al Ghazali --cenderung kepada sesuatu yang memberi kelazatan..
Harith Al muhasibi.. --cuba sesuaikan diri dgn sesuatu.. 
Imam ibn qayyum.. Ada 50 istilah..asyik, al'alaqah(nak ada hubungan selalu), Al junud (gila)... Antara banyak2..
3 bahagian, 
1)senjata cinta menjadikan kita seperti singa dan pedang...memotivasikan ke arah yg lebih baik..
2) cinta yang memabukkan bagaikan arak
3) cinta yang memusnahkan.. 

Macam mana kita nak menjadi singa dan pedang itu dalam cinta??
Perang yang lebih besar, bermatakan nafsu, ...
Tanda orang yang tidak bercinta- muka masam, suka nak marah dan ..
Kalau kamu tidak punya apa2 gila, kamu yang berpenyakit..
44 gila... Gila pada sesuatu..Dia akan all out..
Zina di hati lebih sakit dari fizikal..
Persediaan tidak ada tetapi nak kahwin.. 
Cinta kerana matlamat, boleh jadi singa.. Ada sasaran.. 
Kenapa singa itu hebat? Sebab dia menjaga perwatakannya..memburu tidak pernah alah,
Rasulullah hebat segalanya..penampilan, akhlak,idea, pemikiran...
1) Perlu bangun keyakinan bahawa seluruh yang ada pada diri adalah pinjaman Allah SWT..
2) penampilan yang hebat dan tetap mengikut syariat.

Sentiasa bersyukur dengan setiap yang masih Allah pinjamkan.. 
Kalau cinta itu pedang, jangan cinta yang makan pedang.. 
Jaga fizikal, jangan sampai masuk habuk dosa.

Saidina Umar, singa, pedang Allah..
Pedang perlu diasah supaya tajam, perlu ada sarungnya... Pakai bila perlu di saat dan ketika..
Kisah musa alaihissalam,yang menggunakan pedang (tongkat) apabila perlu dalam 3 keadaan, 
Read behind the line..!!!!
Orang yang sudah punya ilmu,keyakinan dan kekuatan itulah orang yang sudah boleh jadi pedang.. 
Ilmu perlu sampai pada hati!!!
Apa saja yang anda buat, bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah..
Jika belum tiba cinta pasangan, cintakan dulu kepada keluarga, pelajaran kamu, aktiviti sukarelawan, usrah, dan sebagainya sehingga suatu saat nanti tiba cinta yang membawa kita ke syurga..


Allah suka dan cinta kepada orang yang bertaubat dan mensucikan dirinya..
Kisah Nabi Adam..
Apabila buat salah,kembali sepenuhnya kepada Allah, bertaubat nasuha..
Keampunan Allah dalam Al-Quran.. Ghafur arRahim...
Surah an-Nisa.. Ayat 125- khalil-kesayangan..
Surah ad-dhuha diturunkan apabila Nabi SAW sedih..
Surah Al Insyiraah...waktu susah itu sudah ada kemudahan..
Surah ---- dengan nikmat Tuhanmu, sebut-sebut kan lah..
Kisah Nabi Yusuf digoda oleh Zulaikha,,cinta Allah yang lebih utama, walaupun Allah detikkan dalam hatinya bahawa Zulaikha itu cantik..
KEKUATAN MUJAHADAH!!!

Cara yang perlu dilakukan apabila berkenan 
Kisah Aisyah dipinang, melalui wali..
Kisah Khadijah meminang, melalui orang tengah..
Kisah ummu salamah..
Biar gagal ketika mencuba, tetapi jangan gagal mencuba.
~Kesimpulan dari kisah2 Rasulullah dan para sahabat~
Tidak mendekati zina
Mengutamakan wali

HablumminaAllahwahablumminannas
Kita perlu kisah berhubung dengan Allah sebelum berhubung dengan manusia. 
Utamakan dulu adat dengan Allah..
Sekarang ini mengutamakan adat dari ibadah!!m
Jodoh itu datang dari doa, ikhtiar, tawakal..
Untuk bercinta perlu serah kepada Allah, kerana jodoh itu ada di tangan Allah
Mawaddah dan rahmah -- kedamaian dan keberkatan
Jika tidak jelas perhubungan dengan adat, keluarga dan sebagainya, takut itu petunjuk bahawa itu bukan jodoh dari Allah...
Kisah Nabi Sulaiman dengan Puteri Balqis, kekayaan Sulaiman tidak merenggangkan hubungannya dengan Allah..
Tidak ada cinta yang jumpa bahagia jika cinta itu tidak ada jambatan dan diutuhkan dengan utuhnya Cinta Allah...


Boleh atau tidak jatuh hati kepada seseorang??
Boleh tetapi tidak boleh jatuh di mana-mana,jatuhlah pada perwatakannya, agamanya, dan yang penting jatuhlah hati selepas lintasan Allah.. Semak balik, adakah itu hadiah dan petunjuk dari Allah.. 
Learn how to manage your thinking,action, spiritual, 
Tengok agama,sahsiah, kerjaya,keluarga, 






Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...