Skip to main content

"Tiket Ke Syurga"

Konvensyen bawaku ke syurga

Ustaz Pahrol Mohd Juoi



Dua perkara yang penting untuk kita jauhi..
HASAD & MENGUMPAT!!!!
takut-takut nanti di akhirat, kita perlu agihkan pahala kita di akhirat sana sehingga menyebabkan kita tidak cukup..

Jangan pandang kecil sesuatu kebaikan dan sesuatu kejahatan itu. 

Virus kepada ikhlas!
Riak
Sum'ah
Ujub dalam hati...sukar untuk dikesan dan diteguri..

Amalan yang besar tidak ada di mata Allah jika tidak ikhlas, amalan yang kecil, akan ada di mata Allah dengan adanya IKHLAS..

DOA anak yang soleh, macam mana nak tahu kita solehah atau tidak..
Ingat Allah tengok usaha kita untuk jadi solehah.. Sangka baik dengan diri..bukan ujub..
Sangka baik dengan Allah, keep hope alive!!!
Sangka baik dengan orang lain, what you see ia what you get!!
Sangka baik terhadap diri sendiri... Sangat PENTING!! Jika kita buat dosa, bertaubat, maafkan diri.. Bencikan dosa itu, jangan bencikan diri sendiri..
Tugas seorang anak adalah mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa..
Jika kita belum menjadi orang bertaqwa, tempuhlah jalan untuk jadi orang yang bertaqwa.. Tasyabbuh....

BERTAUBAT..
Teruskan bertaubat, solat sunat taubat, tidak mengulangi dosa itu..
Orang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.. Lepas jatuh yang pertama, perlu berfikir, cari jalan supaya tidak jatuh lagi ke dalam lubang tadi.. Bangkit dengan bijaksana!!!

Dunia di tangan, bukan di hati...
Qarun...harta yang banyak, 

Self-esteem (harga diri) penilaian terhadap diri untuk berjaya.. 
Self-sabotaging (rendah diri) 

Orang yang ada harga diri yang tinggi, dia boleh menghargai orang lain..
"Walatahiinu,walatahzanu"
Ego-menilai diri dia tinggi, dan merendahkan orang lain
Harga diri-menilai diri tinggi, dan menghargai orang lain


Apabila kita terbuat satu kejahatan, iringi ia dengan kebaikan-kebaikan.. 
 Kadang-kadang untuk kita mendapat Cinta Allah, Allah menyuruh kita cinta kepada makhluk.. 

Ilmu-satu ketibaan makna pada hati, bertepatan dengan hakikat yang sebenar.

Sense of belonging....



Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...