Skip to main content

k-FIQH --> Salah Faham Kesaksamaan Gender

presented by my beloved ustazah, Norhafizah Musa..:)


Bismillahirrahmanirrahim..dalam isu ini, lelaki dan perempuan kedua-duanya telah diciptakan Allah dengan berlainan rupa fizikal dan juga mental. Juga dari segi fitrahnya mahupun nafsunya.

~Dari aspek asal-usul kejadian~
Allah SWT telah berfirman dalam Surah An-Nisa;1
"Wahai sekalian manusia bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan kamu daripada (Adam) itu pasangannya (isteri-isterinya-Hawa), dan juga yang mengembangkan dari keduanya- zuriat dan keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu sering meminta dengan menyebutkan nama-Nya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat ; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu."

Banyak aspek2 yang disentuh oleh ustazah iaitu dari aspek :
~tuntutan beragama dan beribadat
~tuntutan agama (taklif) dan kemasyarakatan yang utama
~balasan dan tempat kembali
~hak-hak Mal
~dan lain-lain....

Ada juga yang membicarakan kisah Nabi Adam dan Hawa... Dari kehidupan di dalam syurga sehinggalah ke dunia, siapa yang sebenarnya yang menyebabkan kedua-duanya tercampak ke syurga.... Syaitan....

Antara sub topik yang saya tertarik adalah berkait tentang hikmah membezakan antara lelaki dan perempuan di dalam sebahagian hukum.
      Antara persoalan yang dikemukakan ialah; jika Islam mengiktiraf kemanusiaan wanita menyamai kemanusiaan lelaki, kenapa ia melebihkan lelaki ke atas wanita dalam beberapa keadaan dan situasi. Umpamanya dalam syahadah (penyaksian), pewarisan, diyat, kepimpinan keluarga, kepimpinan negara dan beberapa hukum cabang yang lain...
         
  Hakikatnya, perbezaan antara lelaki dan wanita di dalam hukum-hukum ini bukanlah kerana kaum lelaki lebih dimuliakan Allah atau lebih hampir kepada-Nya berbanding kaum wanita. Sebenarnya manusia yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling bertaqwa antara mereka sama ada lelaki mahupun perempuan sepertimana firman Allah SWT di dalm Al-Quran ;

"Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu.." Al-Hujurat;13

Tetapi perbezaan ini berlaku disebabkan tuntutan tugas yang bersesuaian dengan fitrah atau karaktor yang sesuai bagi setiap lelaki dan wanita.

Seperti yang telah diketahui, golongan FEMINISME telah wujud untuk meminta hak yang sama rata seperti mana hak lelaki...memang! ada sesetengah hal yang wanita boleh 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki'..tetapi ada juga batas-batas untuk wanita... tidak semua hal wanita boleh melakukan kerja dan kuasa yang dimiliki oleh golongan lelaki.. seperti:
                -kepimpinan dalam keluarga
                -kuasa talak
                - imam dan khatib (yg ada golongan lelaki)
             
(konklusi dari ustazah)
Sesungguhnya, memahami syariat Allah adalah satu keperluan yang sangat mendesak kerana syariat Allah lah yang benar-benar menjiwai jiwa raga dan seluruh struktur kehidupan manusia, lelaki mahupun perempuan. Kesempurnaan  risalah Islam yang datang dari Yang Maha Pencipta dan Maha Sempurna tidak memungkinkan adanya nilai ketidakadilan di dalam prinsip Islam, namun, ia memerlukan kepada pelaksanaan yang benar-benar bertanggungjawab dan konsisten, Isu persamaan dan kesaksamaan gender tidak mudah dieksploitasi atau disalah erti sekiranya kita memahami peranan masing-masing sebagai hamba Allah, lelaki atau perempuan. malah, Islam menganjurkan penghormatan, perlindungan, penghargaan, dan pemeliharaan hak dalam kehidupan seorang wanita samada wanita itu anak, ibu, adik atau kakak atau sesiapa sahaja dalam anggota masyarakat.....

Sekian dahulu untuk tajuk ini.. Ada banyak lagi yang tidak dikupas... Asif jiddan ya....

Comments

  1. awakkk.. mana awak punya like button :D kite nak like.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...