Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Tawadhuk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم  CUIT-CUIT UST KAY (Rabu, 6 S'ban 1435H) Apakah Itu Tawaduk? Tawaduk adalah sikap merendah diri yang bersumber rasa memiliki kekuatan, kemuliaan, penghormatan pada orang lain, dan bukannya rendah diri yang bersumber dari rasa memiliki kekurangan, kelemahan, kehinaan, dan keperluan kepada orang lain (inferiority complex). Sikap ini adalah sifat yang mulia warisan nabi-nabi, rasul-rasul, sahabat dan tabiin sejak zaman dahulu kala. PENCERAHAN : Keadaan-keadaan yang menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki sifat tawaduk antaranya ialah ; 1. Menerima dengan redha apa sahaja ketetapan dan takdir Allah SWT kepada dirinya. 2. Bersangka baik dengan Allah SWT dengan menganggap bahawa sesuatu ketentuan itu pasti ada kebaikannya. 3. Mentaati perintah dan hukum Allah SWT tanpa mempersoal. Contoh mengenai kewajipan menutup aurat, poligami atau seperti hukum hudud, qisas, takzir 4. Mengerjakan amal