Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kemampuan akal dan