Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

k-FIQH--> Kedudukan Wanita di dalam Islam

~ANTARA LIBERAL DAN EKSTREM~ Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak yang kami dapat dalam segmen ini yang telah disampaikan oleh Dr Mohd Sukki Othman dan Dr. Zahazan Mohamed. Walaupun masa yang diberikan kepada ahli panel tidak mencukupi iaitu 30 minit setiap seorang, alhamdulillah dapat juga dikongsikan maklumat-maklumat dalam lecture note... Lelaki dan wanita adalah manusia ciptaan Allah yang mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mencari keredhaan Allah. Islam sangat mengangkat martabat wanita berbeza dengan fahaman yang lain. Dalam Islam, keadilan dijalankan mengikut fitrah. Antara surah-surah yang banyak membincangkan soal wanita adalah surah An-Nisa' dan Surah Maryam, begitu juga surah An-Nur. Kami dihidangkan dengan sirah tokoh wanita yang banyak berkorban di zaman Nabi SAW. Beliau adalah Asma' Abu Bakar iatu puteri kepada Sayyidina Abu Bakar siddiq. Ketabahan Asma' dapat dilihat apabila berlakunya peristiwa hijrah, Asma' juga turut sertai hij

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba

JauLaH Jan 2013..

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana dipanjangkan usia sehingga ke hari ini. Syukur juga pada-Mu kerana dgn izin-Mu, dpt ku sertai dan mulakan jaulah bersama sahabat2 tercinta... Jaulah ke Serdang,Selangor demi menuntut ilmu dari penceramah dan ustaz ustazah yg hebat2 di Konvensyen Fiqh Wanita dan Islam..  (k.qis, anis,aisyah dan saye...) we started our journey from k.qis's house.. thanks k.qis sudi jmput dari u ke ur house... k.qis n anis as a driver.. maaf ya x dpt bntu dlm pjalanan sbb x pandai drive lagi n tertidur..(^,+). ape2 pn rasa selamat sepanjang perjalanan sebab drivernye... Aisyah.... jazakallah khairan katsira ya aisyah sebab sudi menumpangkan kami bertiga di teratak anda sepanjang program berlangsung. Perut sentiasa terisi dgn masakan2 yg dibekal dan dimasak di rumah.. Sesungguhnya budi dan jasa baik aisyah sekeluarga amat besar bagi kami.. Semoga Allah membalas segala kebaikan.. Fatimah.... dapat juga melawat UKM walaupun ha