Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Quotes..

"Bersungguh-sungguhlah dalam pelajaran, istiqamahlah dalam melaksanakan Islam & taburkanlah kasih-sayang sesama Islam... "   As-syahid Imam Hassan Al-Banna Sempena musim final exam bagi mahasiswa2... Awal January... Debaran kian terasa... Berusaha mengulangkaji siang dan malam demi melakukan yg terbaik dalam exam.. Demi memahami apa yang dipelajari sepanjang semester.. Harapan untuk sentiasa istiqamah dalam mengulangkaji ! Tak semestinya hanya study when the exam just around the corner.. Jom doa.. "Allahummalasahla illa maja'altahu sahla waantataja'lulhuzna izashiktasahla..." Amin ya rabb.. #ummatikpharmacist-to -be

Balasan baik

"Bagi orang2 yg memenuhi seruan Tuhan, mereka disediakan balasan yg baik. Dan orang2 yg tidak memenuhi seruan-Nya, sekiranya mereka memiliki semua yg ada di bumi dan (ditambah) sebanyak itu lagi, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan itu. Orang2 itu mendapat hisab (perhitungan) yg buruk dan tempat kediaman mereka Jahanam, dan itulah seburuk2 tempat kediaman..." surah Ar-Ra'd;18

Ilmu, Cinta & Kehidupan...

Ilmu cinta dan kehidupan   Kehidupan - alam kelahiran = kullu man alaiha faan (setiap yg hidup akan mati) - alam barzakh - alam mahsyar - alam saidun wa saqiyyun   - semua dlm proses paksaan Allah - Allah suruh malaikat catat kehidupan akan datang - Allah paksa kita melalui fasa2 kehidupan = bayi, kanak2 = assyababul syakbatun minanjunun(zaman remaja gila2) = Didewasakan dgn perkahwinan, pekerjaan, kematangan =tua - kullu nafsin izaa tul maut   - saat maut...:'( (tak dpt gambarkan dgn kata2 apa yg ustaz gambarkan tadi) - melalui kehidupan dgn memahami tujuan kehidupan - hidayah Allah perlu dicari dlm kehidupan - Allah tegur Nabi Muhammad SAW sbb Allah sahaja yang berkuasa beri hidayah - klu berjumpa dgn org kaya n muliakan dia maka hilang separuh agama 1- Mulia bila diberi hidayah - spt Bilal b Rabah - suara Bilal azan smp ke arasy 2- mulia kerana keberkatan dlm kehidupan 3- hidup dapatkan keampunan Allah 4- mardhatillah!   Ilmu - Allah angkatkan darjat org

BAHAYA VIRUS SYIAH

Assalamualaikum... Sem ke 5 dah sebulan bermula.. Alhamdulillah masih dipnjngkan usia.. Tetapi atas kekangan2 yg x dpt dielakkan, dah lama x update blog.. Pengisian kuliah helwi hari ny yg bertarikh 25oktober mengisahkan mngenai virus syiah.. Yg smakin mnular dlm kalngan kita... Alhamdulillah walaupun ustazah fadhilah x sempat prepare tjuk yg diberi iaitu Fatimah Az-Zahra, ttp ustazah berkongsi ilmu yg diperoleh ketika mnghadiri seminar mngenai bahaya virus syiah.. Apa itu syiah?????... Ada kaitan aqidah dgn ibadah??... Penting ya utk semua tahu ibadah ialah amalan2 harian kita yang langsung terus dgn Allah SWT berkaitan pahala dan dosa.. Ibadah juga berkait dgn mazhab2 dan sunnah rasulullah.. Majoriti kita di Malaysia mengikut mazhab syafie.. Hnya dlm beberapa perkara yg membolehkan kita talfiq utk mngikut mazhab lain dan mngkut predran masa.. Haaa.... Aqidah pula???... Kita ini aqidah ahli sunnah waljamaah.. Aqidah yg percaya akan sunnah2 Rasulullah dan para sahabat.. Kaitan

Allahuakbar! Mesir...

http://fbcdn-video-a.akamaihd.net/hvideo-ak-frc1/v/722035_1411004329119623_1913271556_n.mp4?oh=dd7979273e3f2886f914f2ab11636b95&oe=52118D5B&__gda__=1376881224_a7e141595282703462181796f06124da Semoga roh para pejuang Islam dirahmati Allah... Allah..sesungguhnya kebenaran yang terselindung itu akan terbongkar jua... Baik di Mesir, Syria, Palestine mahupun Malaysia.... Kebenaran akan menang!!!!..

~Jom TAUBAT, itu UBAT~

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah masih dizin Allah Yang Maha Esa untuk terus hidup di muka bumi ini, menghirup udara yang kurang segar akibat jerebu yang berupa peringatan untuk hamba-hamba-Nya bertaubat daripada terus melakukan kemaksiatan dan masih lagi diberi peluang untuk terus mencari dan mengutip amalan-amalan kebaikan demi menggapai redha Ilahi. Alhamdulillah.... Insyaa-Allah akan saya kongsikan sedikit ilmu yang diterima setelah mendengar siaran langsung dari Ikim fm bersama Ustazah Fatimah Syarha pada malam semalam yang bertajuk "Jom taubat, Itu Ubat" Apakah yang dimaksudkan dengan taubat? Taubat = menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan, "repentance" Ibnul Qayyim mengatakan,syarat-syarat taubat itu ada tiga: --> penyesalan terhadap semua perbuatan jahatnya --> menghapuskan semua perbuatan jahatnya --> meminta ampun dan maaf Apabila manusia melakukan kesalahan, mereka masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri,

Kebajikan Sosial Mahasiswa. Perlukah?

Assalamualaikum..  Pernah join program yang adik2 anjurkan...Alhamdulillah walaupun tak ramai yang hadir sebab ada kelas dan sebagainya, tetapi Allah telah pilih hati2 yang ingin mendengar pengisian rohani dalam diskusi tersebut.. Setiap manusia di dunia ni ada hak masing2. Dalam dunia ni terdiri daripada orang kaya, miskin, dan sebagainya. Allah jadikan kita ni tidak sia-sia dan perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Saling menjaga kebajikan bersama. Contohnya, ada hak orang yang tidak berilmu ke atas hak orang yang berilmu. Ada hak orang yang miskin ke atas orang  yang kaya. Saya tertarik d gn satu kisah drpd ahli panel mngenai kebajikan dan hak kita kpd Allah..orang miskin yg hidupnya susah, mmpunyai rumah yg usang, tdak ckup mkn tetapi tdak pernah mrasa malu & segan, bahkan tdak mengeluh dgn kesusahan yg ditimpa kpdnya..malah, dia mrasa bhgia dgn kesusahan tsebut..ini disebabkan hak beliau sbg hamba Allah tlh ditunaikan dgn sbaiknya..bsyukur dgn nikmat yg dikurniaka

Cinta High Class...

Bual bicara bersama seseorang yg saya kagumi sejak 5 tahun yg lalu..  ~ustazah Fatimah Syarha.~ Dalam tajuk bicara beliau, selalunya mengisahkan tentang cinta sebelum nikah, cinta selepas nikah dan cinta yg paling agung, Cinta Allah SWT.. Dikaitkan dengan zaman masa ini, berlakunya penzinaan, masalah sosial yg sukar dibendung dan cara melaksanakan cinta yg salah, tidak kena pada tempatnya...hampir 80% pasangan kekasih @ couple kini yg terlibat dgn zina... Astaghfirullah... Salah siapakah??.. Muhasabah diri masing2.. Mungkin yg baca ini, tidak trlibat dlm msalah tersebut ,ttp sanggupkah kita melihat saudara mara kita, saudara seagama terlibat dalam kancah maksiat.. Nauzubillahiminzalik... Ayuh sama2 kita sebarkan dan sedarkan masyarakat sekeliling kita tentang bahaya zina, dan usaha utk menjauhkan diri dlm menghampiri jln zina.... "prevent is better than cure".... Seringkali kita memandang serong dan jijik kpd penzina, walhal penzina tidak jijik tetapi DOSA yg d

Siapa Mustafa Kamal Ataturk??????

Bismillahirrahmanirrahim.... entry kali ni, mengisahkan seseorang yang baru sahaja saya kenal dalam beberapa tahun yang lalu.. Kenal melalui pembacaan... Kisah pengenalan...... Naqibah : Ok, cuti semester kita dah nak start.. jadi akak cadang kita bedah buku dan sharing apa yang kita                baca dalam next usrah.ok?.. Kami     : Ok kak.. bagus juga cadangan tu.. x da la lagho sangat cuti ny, makan tidur ja..heheheh... Saya     : Akak, kita nak bedah buku yang sama ke lain2? Apa kata kita bahagikan setiap seorang ambil satu               tokoh Islam.. Ada banyak kan... Naqibah : Hmmm.. bagus tu ..ok kita divide... Fatimah --> Sayyidina Abu Bakar                 Ilya --> Sayyidina Umar                 yang lain2 --> Sayyidina Ali , Rabiatul Adawiyah, Sayyidatina Khadijah, Asiah, Sayyidatina                 Fatimah, Solahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Sayyidina Uthman Affan...                 and last sekali, nor--> Mustafa Kamal Atarturk Saya

~Yakin Engkau Dengan ALLAH~

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah diberi peluang untuk mengikuti pengajian di Darul Hadis walaupun hanya sebentar cuma. Sesungguhnya pengajian kilat selama 10 hari di Darul Hadis, Alor Setar banyak memberikan ilmu yang tidak dapat dipelajari di tempat saya belajar sekarang.. Beruntung kanak-kanak yang telah dihantar di situ kerana dididik dengan sunnah-sunnah Rasulullah. Tenang hati ini melihat mereka, berjubah putih dan berserban. Sangat tersentuh apabila didendangkan dengan persembahan qasidah yang sungguh merdu oleh anak-anak di tengah-tengah kuliah Pak Long Zainul Asri. "Yakin Engkau Dengan Allah" -oleh : syeikh Zainul Asri- Subhanallah, Alhamdulillah ya Allah.. pengisian yang diberi oleh Pak Long sangatlah menyentuh di sanubari. Walaupun hanya beberapa ayat yang dikupas, tetapi isinya cukup menggetarkan jiwa  tentang keyakinan kita... Dan Yakin itu......!!!! Sabda Rasulullah SAW, ;       Dan yakin itu (yakni yaki

Apa Ada Pada H.A.T.I ???

 " "kalau ada lintasan di hati kita untuk berhijrah drpd jiwa yg lalai kpd jiwa yg cintakan Allah, maka bsegeralah utk melakukannya krn pcayalah bahawa itu adalah lintasan yg benar drpd Allah...." ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. Mengapa???... Sesungguhnya Allah yang Maha Pemberi Ketenangan untuk makhluknya, apabila kita mengingati Allah, kita akan berdoa, mendekatkan diri pada-Nya dan banyakkan beribadah, zikrullah... Allah suka akan hamba-Nya yang sedemikian.. Jom kita menjadi hamba... Mahu jadi hamba??.. buang dulu perasaan memiliki itu.. " kita tidak akan pernah merasa jadi hamba jika masih ada persaan memiliki....

Kenapa Aku Berselawat???

"Allahummasollia'lasayyidinaMuhammad" Bismillahirrahmanirrahim... Tanggal 22 Februari yang lalu, Pusat Islam, Masjid Al-Malik, USM telah menganjurkan satu ceramah atau tazkirah yang bertajuk seperti di atas.. "Kenapa Aku Berselawat?" Haaa... Nak tahu tak kenapa kita berselawat?.. Mestilah untuk memuliakan nabi Muhammad SAW, Rasulullah junjungan yang mulia... Seringkali kita, orang Melayu ni, apabila tiba ja 12 rabiulakhir, mesti ada perarakan sama ada di sekolah mahupun di masjid2.. sambil berarak sambil berselawat.. fahamkah kita tentang setiap bait selawat yang kita sebutkan.. Kenapakah kita Berselawat?... Sesungguhnya Allah dan malaikat -malaikat berselawat ke atas nabi.. Ini... di sini saya senaraikan 15 point yang saya dapat dari tazkirah tersebut... Kita berselawat kerana... 1) Allah SWT akan berselawat 10 kali kepada siapa yang berselawat ke atas nabi. " Sesiapa yang berselawat ke atas aku satu, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali

Sahaja Aku Mencintai-Mu

jOM tenangkan hati kita dengan hiburan yang bermanfaat.... Subhanallah, selain zikir2 yang menenagkan hati, mari sama-sama kita hayati tiap bait lirik lagu ini... sambil berzikir.... present in this blog..... "Sahaja Aku Mencintai-Mu.." Ku cinta pada-Mu Lebih dari segala-gala Mampukah kupertahankan cinta ini Dalam mengabdikan diri pada-Mu Andai ada kata yang lebih baik Dari ucapan terima kasih Pastikan kuucap setulus hati Tanda cintaku pada-Mu Lailahaillallah, Allahu Rabbi Lailahaillallah, Allahu Akbar! Andai ada hadiah yang lebih baik Dari melodi syukurku Semestinya kupersembahkan pada-Mu Tanda cintaku, tanda cintaku... Pada-Mu! Hasbi Rabbi jallallah Mafi Qalbi ghairullah Nur Muhammad Sallallah Setiap hela nafas Setiap gerak tangan Setiap degup jantung Setiap gerak kaki Takkan pernah bermakna Tanpa cinta-Mu.. Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a Artis: Du'a feat Ustaz Amal Music A

k-FIQH --> Salah Faham Kesaksamaan Gender

presented by my beloved ustazah, Norhafizah Musa..:) Bismillahirrahmanirrahim..dalam isu ini, lelaki dan perempuan kedua-duanya telah diciptakan Allah dengan berlainan rupa fizikal dan juga mental. Juga dari segi fitrahnya mahupun nafsunya. ~Dari aspek asal-usul kejadian~ Allah SWT telah berfirman dalam Surah An-Nisa;1 "Wahai sekalian manusia bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan kamu daripada (Adam) itu pasangannya (isteri-isterinya-Hawa), dan juga yang mengembangkan dari keduanya- zuriat dan keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu sering meminta dengan menyebutkan nama-Nya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat ; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu." Banyak aspek2 yang disentuh oleh ustazah iaitu dari aspek : ~tuntutan beragama dan beribadat ~tuntutan agama (taklif) dan kemasyarakatan yang utama ~balasan dan tempat

k-FIQH --> Pengamatan Prinsip dan disiplin kewanitaan dalam Surah An-Nur

Syair Imam Syafie.. "Wahai saudaraku engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan enam syarat, saya akan menerangkan perinciannya dengan jelas: Kecerdasan, ketamakan terhadap ilmu dan kesungguhan ; biaya, bimbingan guru dan lamanya menuntut ilmu" Bismillahirrahmanirrahim.. Sharing of this topic that presented by Dr. Sofiah Samsudin. kehidupan dan cahaya dalam Surah An-Nur banyak dikaitkan dengan wanita.. Prinsip dan disiplin. menurut kamus dewan (2002), prinsip bererti asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian dan tindakan. Ia bersinonim dengan asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak, lunas, teras, tunjang, pegangan, sandaran, landasan, pokok. Disiplin pula bererti peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. ~Nur Qur'ani VS Dzulmah Syataniyyah~ Prinsip hidup berdasarkan Nur Qur'ani akan menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat, Insya-Allah. 1) Al-Iffah (hidup bermaruah dengan menjauhi segala yang mem

k-FIQH--> Kedudukan Wanita di dalam Islam

~ANTARA LIBERAL DAN EKSTREM~ Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak yang kami dapat dalam segmen ini yang telah disampaikan oleh Dr Mohd Sukki Othman dan Dr. Zahazan Mohamed. Walaupun masa yang diberikan kepada ahli panel tidak mencukupi iaitu 30 minit setiap seorang, alhamdulillah dapat juga dikongsikan maklumat-maklumat dalam lecture note... Lelaki dan wanita adalah manusia ciptaan Allah yang mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mencari keredhaan Allah. Islam sangat mengangkat martabat wanita berbeza dengan fahaman yang lain. Dalam Islam, keadilan dijalankan mengikut fitrah. Antara surah-surah yang banyak membincangkan soal wanita adalah surah An-Nisa' dan Surah Maryam, begitu juga surah An-Nur. Kami dihidangkan dengan sirah tokoh wanita yang banyak berkorban di zaman Nabi SAW. Beliau adalah Asma' Abu Bakar iatu puteri kepada Sayyidina Abu Bakar siddiq. Ketabahan Asma' dapat dilihat apabila berlakunya peristiwa hijrah, Asma' juga turut sertai hij

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba

JauLaH Jan 2013..

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana dipanjangkan usia sehingga ke hari ini. Syukur juga pada-Mu kerana dgn izin-Mu, dpt ku sertai dan mulakan jaulah bersama sahabat2 tercinta... Jaulah ke Serdang,Selangor demi menuntut ilmu dari penceramah dan ustaz ustazah yg hebat2 di Konvensyen Fiqh Wanita dan Islam..  (k.qis, anis,aisyah dan saye...) we started our journey from k.qis's house.. thanks k.qis sudi jmput dari u ke ur house... k.qis n anis as a driver.. maaf ya x dpt bntu dlm pjalanan sbb x pandai drive lagi n tertidur..(^,+). ape2 pn rasa selamat sepanjang perjalanan sebab drivernye... Aisyah.... jazakallah khairan katsira ya aisyah sebab sudi menumpangkan kami bertiga di teratak anda sepanjang program berlangsung. Perut sentiasa terisi dgn masakan2 yg dibekal dan dimasak di rumah.. Sesungguhnya budi dan jasa baik aisyah sekeluarga amat besar bagi kami.. Semoga Allah membalas segala kebaikan.. Fatimah.... dapat juga melawat UKM walaupun ha