Skip to main content

Kenapa Aku Berselawat???

"Allahummasollia'lasayyidinaMuhammad"


Bismillahirrahmanirrahim...
Tanggal 22 Februari yang lalu, Pusat Islam, Masjid Al-Malik, USM telah menganjurkan satu ceramah atau tazkirah yang bertajuk seperti di atas.. "Kenapa Aku Berselawat?"

Haaa... Nak tahu tak kenapa kita berselawat?.. Mestilah untuk memuliakan nabi Muhammad SAW, Rasulullah junjungan yang mulia... Seringkali kita, orang Melayu ni, apabila tiba ja 12 rabiulakhir, mesti ada perarakan sama ada di sekolah mahupun di masjid2.. sambil berarak sambil berselawat.. fahamkah kita tentang setiap bait selawat yang kita sebutkan.. Kenapakah kita Berselawat?...

Sesungguhnya Allah dan malaikat -malaikat berselawat ke atas nabi..

Ini... di sini saya senaraikan 15 point yang saya dapat dari tazkirah tersebut...
Kita berselawat kerana...
1) Allah SWT akan berselawat 10 kali kepada siapa yang berselawat ke atas nabi.
" Sesiapa yang berselawat ke atas aku satu, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali"
(saya x ingat ini hadis atau tidak..maaf ye..:( )

2) Allah akan catatkan sepuluh kebajikan (pahala ) untuk satu selawat.

3) Dihapuskan 10 keburukan (dosa) dan diangkat darjat 10 kali lebih tinggi.

4) Akan dapat duduk bersama Nabi di akhirat kelak

5) Akan mendapat doa dan selawat dari Malaikat

6) Memohon wasilah daripada Nabi.. (cuba baca doa selepas azan, kita ada minta wasilah, jalan yang baik)

7) Mendapat Keberkatan
terutamanya keberkatan apabila berselawat di hari yang Barakah, "Sayyidulayyam" hari Jumaat..
Hari Jumaat- terdapat 3 perkara yang berlaku pada harinya iaitu benyakkan berselawat, banyak keberkatan dan terjadinya hari kiamat

8) Allah akan makbulkan permintaan kita, Insya-Allah
-masa berdoa, kita digalakkan untuk memuji Allah dan berselawat ke atas nabi.

9) Untuk mendapat syafaat yang tinggi di hari akhirat kelak

10) Nabi bersyukur akan umatnya yang berselawat kepada Baginda

11) Nabi akan tunduk sujud

12) Kita berselawat supaya tidak menjadi orang yang hina

13) Menhgelakkan penyesalan di hari kiamat

14) Bebas daripada sifat bakhil
-"Orang yang bakhil(kedekut) ialah orang yang apabila orang lain berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW, di tidak menyambung selawat itu.."

15) Jika tidak berselawat atau tidak menyambung selawat itu, akan hilang punca nak masuk ke syurga.
-


~mereka-mereka yang berjaya adalah orang yang ~
beriman kepada nabi --> memuliakan Nabi ---> menolong Nabi ---> mengikut cara dan sunnah  Nabi

Comments

Popular posts from this blog

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba...

Puisi Buat Abah....

Abah, Dikau amat anakmu kasihi, Kasihku erat terikat mati, Tak bisa diurai mahupun dirungkai, Meski masa beredar pergi. Abah, Perintah Tuhan akanku taati, Ibu dikampung akanku jagai, Cita cita akan aku gapai, Meski cabaran menggunung tinggi… Abah, Rinduku datangnya tanpa dipinta, Datang bersama sebak didada, Hingga tak terucap dengan kata kata, Selalu jua ku memendam rasa, Meski jiwa tangis segala. Abah, Nasihatmu sering beserta hikmah, Dalam sendu atau sendawa, Senyummu penawar pengubat amarah, Hati yang gusar menjadi ketawa. Abah, Coretan ini telah kulakar, Bukti rinduku adalah benar, Pengorbananmu terlalu besar, Kebaikanmu penuh sinar. Abah, Hanya doa mampuku panjatkan, Beserta al Fatihah sebagai kiriman, Mohon selamat jua keampunan, Moga rohmu beserta yang beriman, Dikasih Allah tuhan ar Rahman, Syukur Ya Tuhan kerana telah memberi memori2 yg indah yg dapat diingati bersama arwah abah walaupun saat itu masih sgt  dlm era kanak-kanak. Walaupun puisi ini dicopy dari...

21 Petua & Amalan Menambah Rezeki

Amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk menambah rezeki: 1) MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH  Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi" " Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. jika tidak melakukannya makan Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." ( hais riwayat Ahmad, Tarmizi, Ibu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a) 2) AMANAH Di dalm sebuah hafis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Amanah menaik rezeki, khianat mengundang kefakiran". contoh terbaik bersifat amanah adlah Nabi Muhammad SAW sendiri. Amanah bermaksud kejujuran, kepercayaan melaksanakan sesuatu dengan betul mengikut lunas-lunas Islam. melaksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya tanpa sebarang penyelewengan. 3) MEMPERBANYAK ISTIGHFAR Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala k...