Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Isu Boikot..SAVE THE MUSLIMS....!!!

Salam semua.. tanggal 15 november 2012 bersamaan 1 Muharam 1434, kita sedang menyambut tahun baru Islam, tetapi pada hari itu juga ada yang diserang Israel Laknatullah.. terbaca post ny dan rasanya semua antara kita perlu kaji balik adakah kita support Israel dlm kehidupan kita?..Na'uzubillahiminzalik.. Jom di samping mendoakan Muslim di Gaza, kita boikot juga brang2 Israel..Semoga ISLAM tertegak kembali di dunia ini dan semoga ISLAM sentiasa tertegak dlm diri kita...... piece ni ditulis tahun 2005 dulu.sangat lama,kan?tapi isunya yang disebut tu masih lagi tak abis sampai hari ni.well,selagi kita tak rasa apa-apa,maka selagi tu la kita tak rasa kita sebahagian dari mereka,maka selagi tu la kita tak tergerak nak buat apa-apa,maka selagi tu la nasib mereka tak terbela,maka selagi tu la mereka terseksa,maka selagi tu la ceritanya tak habis sampai bila-bila.maka,buat la 'apa-apa' yang terdaya.comprende? may Allah bless~ [Hlovate] Mari la cerita pasal nilai '1&#

Buang Janin??

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sesungguhnya Allah Maha Besar... Dia yg mnciptakan akal utk manusia supaya berfikir.. dpt membezakn yg mana baik mana buruk.. supaya dpt merasai perasaan kasih syg apatah lagi kasih syg melalui pertalian darah.. Sedih sgt hati ini apabila melihat gambar janin yg telah 'dipaksa keluar' oleh bakal ibu yg TIDAK bertanggungjawab...Tidak wujudkah perasaan yg aneh apabila ada sesuatu yg bkal dihidupkan dlm perut? dlm rahim?...Kebanyakan and semuanya yang berlaku seperti ini (pembuangan bayi_)adalah hasil penzinaan yg sgt2 dilarang dlm Islam...  Cuba bayangkan jika janin ini boleh meluahkn perasaannya.. jom kite tgok script kt bawah...sayu  sangat... dik2.. ayah mana? ayah dah tak de dia dah lari cari awek lain.h abis mak buat apa kat adik? bila saya main main kat dalam perut mak. mak paksa adik keluar. waktu tu adik cakap kat mak...'mak, nantilah dulu. jangan bagi adik keluar dulu.. bagi adik besar sikit, baru adik keluar. nnti ad

PeRaNaN WaNiTa.....('-')

                 Biar apa pun kedudukan wanita pada saat itu, yang pasti, hokum ciptaan nafsu manusia tidak pernah adil dalam meletakkan taraf dan menilai peranan wanita sehinggalah datangnya Islam sebagai cahaya pembela yang  member sinar baru kpd wanita  malah sinarnya menerangi seluruh alam buana. Firman Allah SWT dalam kalam-Nya; “Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yg beramal di antara kamu, baik lelaki mahupun wanita, kerana sebahagian kamu keturunan dari sebahagian yg lain,” (Surah Ali Imran;195) Begitu juga firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ;35                 Menurut perspektif Islam, lelaki dan wanita saling melengkapi dan saling memerlukan antara satu sama lain. Di bawah naungan syariat Islam, wanita mendapat tempat yg layak dan terhormat dalam kedudukan sosial, hak ekonomi, undang-undang  hak waris dan milik. Kewajipan menuntut ilmu bagi kaum wanita sama haknya dengan kaum lelaki. Selain itu, wanita diciptakan sebagai penenteram da

21 Petua & Amalan Menambah Rezeki

Amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk menambah rezeki: 1) MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH  Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi" " Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. jika tidak melakukannya makan Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." ( hais riwayat Ahmad, Tarmizi, Ibu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a) 2) AMANAH Di dalm sebuah hafis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Amanah menaik rezeki, khianat mengundang kefakiran". contoh terbaik bersifat amanah adlah Nabi Muhammad SAW sendiri. Amanah bermaksud kejujuran, kepercayaan melaksanakan sesuatu dengan betul mengikut lunas-lunas Islam. melaksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya tanpa sebarang penyelewengan. 3) MEMPERBANYAK ISTIGHFAR Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala k

future and death??

Bismillahirrahmanirrahim.. Antara masa hadapan dan kematian???? Our future life @ masa depan kita. Mestilah kita nak masa depan yang cerah, ada rumah besar, bekerjaya, suami soleh, ada harta dan sebagainya. Sekarang ni kita tengah prepare untuk menggapai impian kita di masa hadapan. Macam2 yg perlu dilakukan. Kalau nak bekerjaya mestilah kena belajar sehingga ke menara gading. Masuk Universiti, graduate, pass interview dan yea, inshaAllah dpt kerja yg molek. Ops, skill itu juga penting yea...Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. kan?? Begitu juga dengan kematian. jangan kita pandang enteng kepada kematian ini kerana.. Kematian itu merupakan sesuatu yang pasti berlaku, akan berlaku cuma kita tidak tahu bilanya kita akan  mengahadapi kematian ini. Apa yang penting kita perlulah bersedia untuk mengahadapi kematian ini dengan menyediakan amalan2 yang dapat menggapai redha Allah SWT. InshaAllah... Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak ada satu umat pun

Sains Dalam Sejarah Umat Islam..

Sedikit perkongsian bersama Ustaz Solhi Sharif sempena minggu Matematik di USM.. Cendikiawan Sains Islam & Lembaran Baru Dunia... Sebagai orang yg beragama Islam, kita perlulah... 1) meyakini bhw sains bermula dari kegemilangan dunia Islam silam dan kaitannya dlm kehidupan seharian sebagai HAMBA & KHALIFAH. 2) Mempelajari 7 prinsip yg diaplikasikan para cendikiawan Islam silam yg wajar diwarisi dlm sains kontemporari. 3) Mengetahui tatacara yg mengendalikan sains di lembaran baru dunia secara matang sekaligus mengukuhkan iman sehingga berupaya mengenal YAn Maha Agung. 4) Bejaya membezakan antara Syariatullah vs patuh pada Sunnatullah. 5) merangsang diri untuk terus-menerus meneroka mukjizat Al-Quran. kalau diikutkan tntang crita dan ahli2 saintis dulu.kita diperkenalkan dngn kewujudan saintis Barat yg mengatakan bhwa mereka yg menjumpai peredaran bumi, matahari dan sebagainya.. Dari Claudius Ptolemaeus (200M) sehinggalah ke J.C.Mather & G.F. Smoot (2006M). Ji

Bila Diri Disayangi...ukays..

Terdengar bisikan  mesra Kalimat keramat bermentara Bermulanya siang, berakhir malamku, Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu Ya Allah... Tiada batasan waktu Tiada tempat Mu tertentu Di gunung di lembah didarat di air Siapa pun hamba, keikhlasan doa, Keagungan kasih, merubah takdir Bila ku sedari diri disayangi Langkah kaki ini semakin berani Bila terkeliru ku ucap nama-Mu Terasa diriku kembali dipandu Engkau yang pertama, tiada akhirnya Aku dalam kegelapan, Engkau lah cahaya Izinkanlah aku menumpang di sini Di bawah naungan kasih dan sayang-Mu Ku berserah diri....

Puisi Buat Abah....

Abah, Dikau amat anakmu kasihi, Kasihku erat terikat mati, Tak bisa diurai mahupun dirungkai, Meski masa beredar pergi. Abah, Perintah Tuhan akanku taati, Ibu dikampung akanku jagai, Cita cita akan aku gapai, Meski cabaran menggunung tinggi… Abah, Rinduku datangnya tanpa dipinta, Datang bersama sebak didada, Hingga tak terucap dengan kata kata, Selalu jua ku memendam rasa, Meski jiwa tangis segala. Abah, Nasihatmu sering beserta hikmah, Dalam sendu atau sendawa, Senyummu penawar pengubat amarah, Hati yang gusar menjadi ketawa. Abah, Coretan ini telah kulakar, Bukti rinduku adalah benar, Pengorbananmu terlalu besar, Kebaikanmu penuh sinar. Abah, Hanya doa mampuku panjatkan, Beserta al Fatihah sebagai kiriman, Mohon selamat jua keampunan, Moga rohmu beserta yang beriman, Dikasih Allah tuhan ar Rahman, Syukur Ya Tuhan kerana telah memberi memori2 yg indah yg dapat diingati bersama arwah abah walaupun saat itu masih sgt  dlm era kanak-kanak. Walaupun puisi ini dicopy dari men

Saat diberi pilihan.....

Di copy dari blog MencintaiDia.com “Andai ada yang ingin masuk meminang, akan ku pertimbangkannya dalam-dalam. Aku kini lebih matang berbanding dahulu.” Itu butir kata perbualan saya dengan Murabbi saya. Tidak tahu apa yang merasuk saya, namun kami punya perbincangan itu. Saya fikir saya tidak bercanda, jauh sekali bergurau senda, saya tahu dia dapat menerimanya, namun seketika itu dia hanya diam seribu bahasa. **** Rasanya tidak salah saya katakan, anak muda sekarang ingin benar cepat kahwin. Ingin menjaga diri katanya, adapun ingin ada orang yang menjaganya. Lebih manis cintanya selepas kahwin. Malahan, itu bukanlah sesuatu yang salah, saya malahan memuji anak muda yang punya cita-cita ingin lekas bernikah. Jika diteliti maksud hadis, “Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah” (HR Baihaqi dari Anas bin Malik) Saya juga tidak terkecuali. Teman-te