Skip to main content

PeRaNaN WaNiTa.....('-')


                





Biar apa pun kedudukan wanita pada saat itu, yang pasti, hokum ciptaan nafsu manusia tidak pernah adil dalam meletakkan taraf dan menilai peranan wanita sehinggalah datangnya Islam sebagai cahaya pembela yang  member sinar baru kpd wanita  malah sinarnya menerangi seluruh alam buana. Firman Allah SWT dalam kalam-Nya;
“Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yg beramal di antara kamu, baik lelaki mahupun wanita, kerana sebahagian kamu keturunan dari sebahagian yg lain,” (Surah Ali Imran;195) Begitu juga firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ;35
             
  Menurut perspektif Islam, lelaki dan wanita saling melengkapi dan saling memerlukan antara satu sama lain. Di bawah naungan syariat Islam, wanita mendapat tempat yg layak dan terhormat dalam kedudukan sosial, hak ekonomi, undang-undang  hak waris dan milik. Kewajipan menuntut ilmu bagi kaum wanita sama haknya dengan kaum lelaki. Selain itu, wanita diciptakan sebagai penenteram dan penenang hati. Pada dirinya tersimpan khazanah kasih saying, kelembutan, kecantikan dan keindahan. Wanita juga berperanan penting sebagai penyambung zuriat dan orang pertama yg member pendidikan kpd generasi yg dilahirkannya. Islam juga mengiktiraf kecerdasan pemikiran wanita. Jika bangsa Eropah baru bergerak pantas dalam melaungkan emansipasi wanita pada abad ke-15, tapi Islam telah pun memulakannya sejak abad ke-7 Masihi lagi.
            
   Sejarah Islam mencatatkan bagaimana hebatnya peranan wanita-wanita di zaman tersebut menjadi salah satu penyumbang utama kea rah pembentukan tamadun ummah. Wanita-wanita syurga acuan kitabullah yg termaktub dlm lembaran sejarah telah menunjukkan peranan yg cukup penting sebagai puteri, saudara wanita, isteri, ibu dan mujahidah yg solehah untuk dijadikan ikutan ummah sepanjang zaman.
            
   Hayatilah peranan Fatimah az-Zahra r.a. sehingga menjadi puteri kecintaan Rasulullah SAW dan darjatnya diangkat mulia oleh Allah SWT sebagai penghulu bidadari di syurga. Sudah pasti bukan calang-calang wanita yg boleh bertakhta sedemikian agung. Demikian peranan yg dibuktikan oleh Fatimah Az-Zahra r.a. atau ‘Ummu Abiiha’ untuk melayakkan dirinya menerima pengiktirafan oleh Allah dan Rasul-Nya. Walaupun beliau merupakan puteri Rasulullah SAW, namun beliau tidak hanya dudukk di khemah besar ketika dalam peperangan, tetapi beliau cekal bekerja di antar kilatan pedang dan anak panah. Beiau berusaha memberikan makanan dan ubat kepada kaum muslimin yg berperang. Keperibadiannya yg mirip peribadi Rasulullah SAW memahkotakannya indah di hati  setiap insan sebagai az-Zahra (bunga yg cemerlang), at-Thohirah (yg suci), Al-Muta’abidah (ahli ibadat) dan az-Zahidah ( yg zuhud). Begitu juga kedudukannya istimewa di hati Rasululllah SAW yg sangat menyayangi dan mencintainya kerana Fatimah az-Zahra adalah puteri yg berbakti dan memuliakan orang tua.
             
  Fatimah binti al-Khattab pula menunjukkan teladan sebagai saudara wanita solehah. Beliau begitu kuat jiwanya berhadapan dengan abang-abangnya Umar al-Khattab, sambil mengalun Surah Taha, ayat 1-8. Biarpun beliau sedar abangnya itu sangat digeruni dengan pedang yg sentiasa terhunus, namun demi kasih seorang adik, keindahan risalah Nabi Muhammad SAW mesti juga disampaikan. Hatinya sarat doa dan harapan agar kebenaran risalah itu akan meresapi hati abangnya walaupun nyawanya menjadi taruhan mata pedang Umar al-Khattab. Sehinggalah kekentalan beliau membawa kepada  pengislaman Sohabi Jalil yg terbilang itu. Fatimah al-Khattab sempat melihat saudara lelakinya itu menjadi Amirul Mukminin bagi Khilafah Islamiyyah, lalu berkata,”Sungguh, di belakang setiap lelaki mulia itu ada wanita yang mulia.”
             
  Semua Ummahatul Mu’min r.a. menunjukkan telada yang baik tentang peranan wanita sebagai isteri. Rasulullah pula menunjukkan contoh mulia tentang pemilihan isteri-isteri baginda. Semuanya dipilih untuk tujuan menjadi pembantu urusan dakwah baginda dan mempunyai kepentingan dalam strategi siasah dakwah. Paling utama ialah Sayidatina Khadijah binti Khuwailid sehingga namanya tetap utuh di hati suami biarpun telah dimakan bumi. 25 tahun beliau setia di atas jalan dakwah suami tercinta sebagai penyejuk hati ketika baginda dalam kegoncangan jiwa dan pembela ketika saat kesukarannya. Beliau menyayangi baginda sepenuh jiwa dan raga sehingga sanggup mengorbankan seluruh harta kekayaannya demi Islam. Tidak hairanlah beliau menjadi sanjungan Rasulullah SAW dan pernah mendapat salam daripada Allah SWT dengan janji sebuah istana terbina untuknya di syurga. Ummu Hani’ atau Fakhitah binti  Abu Thalib pula diiktiraf kemuliaannya sebagai seorang ibu yg sangat menyayangi anak-anak kecil oleh Rasulullah SAW kerana beliau rela mengorbankan kemuliaan menjadi salah seorang ummul mu’minin demi menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak kecilnya. Rasulullah menhormati pendapat ibu mulia ini, iaitu beliau ingin mendidik anak-anak sepenuh masa sebagi hujah untuk menolak pinangan Baginda SAW.
              
 Selain itu, srikandi-srikandi generasi awal menjadi qudwah sebagai wanita yg sentiasa bertaubat dan berhijrah. Lihatlah Hindun binti Utbah r.a., pemakan hati Saidina Hamzah r.a., akhirnya bertaubat, lalu pernah muncul sebagi pemimpin wanita-wanita Muslimah untuk menghalang tentera Rom pada waktu perang Yarmuk.
                Ummul Mu’minin Ummu Salamah r.a. pula mempunyai sejarah yg mulia dalam Islam bersama bekas suaminya Abu Salamah r.a. dan anak lelakinya. Mereka termasuk golongan as-sabiqunal awwalun (generasi awal dalam Islam) dan hijrahnya ke Madinah bukanlah hijrah yang pertama baginya sekeluarga. Wanita itu berperanan sebagai pahlawan seperti Khaulah Al-Azwar r.a. dan Nusaibah (Ummu Umarah) si panglima Ansar r.a. malah Ummul Mu’minin Shafiyyah r.a pernah mengacung pedangnya dan membunuh seorang Yahudi pengkhianat.
                Ummul Mu’minin Aisyah al-Humaira’ r.a. pula menjad contoh intelektual terbilang, fuqoha’ Madinah yg menjadi rujukan, dan periwayat hadis yg unggul. Beliau juga alim dalam ilmu perubatan. Manakala, wanita juga berperanan sebagai jururawat seperti Rudaifah r.a., jururawat pertama dalam Islam dan Rubayyi binti Mu’awwiz r.a. yg menurut jejak langkahnya. Catatan-catatan sejarah yang indah tentang calon bidadari syurga ini menjadi petunjuk bahawa peranan wanita tidak sekadar pemuas nafsu atau penyambung keturunan dan pengurus rumah tangga semata-mata malah peranan wanita jauh lebih luas skopnya dalam perspektif Islam, agama pembela kaum wanita. Alangkah jahilnya apabila asa sesetengah orang yg berpendapat bahawa nasib dan gerakan wanita Islam adalah lambat dan terhad malah dikekang oleh akidah Islamiyyah. Betulkah Islam itu mengehadkan ruang gerak kerja wanita, atau Islam memberikan panduan kea rah matlamat  gerakan wanita yg sebenar? Islam dating mengangkat darjat dan mengiktiraf peranan wanita lantaran itu setiap wanita haruslah kembali menghayati Islam.
                Sesungguhnya, untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada madrasah Rasulullah SAW, iaitu proses awal tarbiah Islamiyyah (pendidikan) yg dilaksanakan Rasulullah SAW di bawah petunjuk Ilahi bukan selain-Nya. Asas untuk memperbaiki ummah ialah dengan memperbaiki usrah (keluarga) dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan memperbaiki individu termasuklah wanita. Usrah akan sempurna apabila wanita sedar akan peranannya.
            
   Wanita disebut al-asatizatul alm (mahaguru alam), iaitu mahaguru yg mula-mula sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi sekalipun). Wanita yg tangannya menghayun buaian mampu menggegarkan dunia. Sehingga ada ungkapan yg mengatakan wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia ; seorang ibu itu memerlukan 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang wanita jahat hanya memerlukan 20 saat untuk menggoda dan menjatuhkan seorang lelaki. Bagi seorang wanita bergelar Muslimah Sejati pula, dia tidak pernah lari dan lalai dalam mengikuti system Islam dalam keadaan apa sekalipun walaupun terasing dan terbuang. Dia tidak membiarkan hawa nafsunya lepas bebas laksana seekor haiwan liar sebagaimana wanita barat, melainkan memagarinya dengan lunas-lunas Islam yang agung dan luhur. Wanita Islam yang berkualiti seperti itulah wanita sebenar yg mampu mencabar tamadun Barat yg secular itu. Di tangannya penentu jaya atau tidaknya sesuatu bangsa atau baik buruknya akhlak sesuatu kaum. Runtuhnya akhlak mereka penentu runtuhnya sesuatu kaum.
             
  Sebagai pendidik ala mini, setiap wanita perlulah melalui proses Tarbiyah Islamiyyah dan jika tidak terlaksana proses ini maka malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan daripada wanita-wanita yg tidak mempunyai persiapan Islam. Oleh itu, wanita perlu memahami peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yangmana mereka mampu memperbaiki masyarakat seiranya dihalakan matlamat ke sana. Justeru, setiap wanita hendaklah memperbaiki diri dengan mendidik hati sanubari semoga mendapat asas untuk memperbaiki keluarga serta orang lain dengan fikrah Islam sebenar yang tulus suci. Tarbiah yang dimaksudkan perlu diperjelaskan maksudnya agar tidak mendapat perspektif yang sukar dan samar di minda wanita.
            
   Matlamat utama tarbiah adalah untuk melahirkan insan yang meletakkan Allah sebagi Rabb (Tuhan) dan penyembahan kepada-Nya adalah mutlak, hanya kepada-Nya bukan selain-Nya. Pendek kata, melahirkan insane yg hidupnya henyalah untuk Allah sehingga setiap urusannya dan urusan masyarakat ditadbir dengan hukum-hukum Allah. Persiapan inilah yg perlu meresapi ke naluri wanita, malah setiap insan sepatutnya. Tarbiah pula ialah penggunaan cara atau pendekatan yg paling berkesan untuk berinteraksi  dengan fitrah manusia dan menambat hati mereka dengan cara hidup Islam sesuai dengan kemampuan dan uslub (cara) masing-masing. Begitulah mudahnya tarbiah dan mampu dilaksanakan oleh setiap wanita secara psikologi sebagai mahaguru alam.
     
          Sesungguhnya, wanita memang benar-benar mendapat tempat yg mulia, dihormati, dan disanjung tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf wanita ini memang tercatat dalam al0Quran dan as-Sunnah, iaitu pengurniaan daripada Allah dan Rasul-Nya. Daripada Bilal bin Rabbah r.a., katanya, “Pada suatu hari aku menyaksikan Rasulullah SAW membuat empat garis di atas bahu sambil berkata bahawa wanita yang paling mulia di syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah Az-Zahra binti Muhammad, Mariam binti Imran dan Asiah isteri Firaun.” Inilah sebenarnya srikandi terunggul yang harus dlietakkan ke depan sebagai contoh teladan dalam rangka kita kembali kepada hakikat Islam. Serikandi-serikandi ini benar-benar berperanan sebagai wnita solehah yang mukminah sepanjang hidupnya. Justeru, wajarlah sirah serikandi-serikandi ini dibaca, difahami, dihayati dan dicontohi agar peranan agung mereka dalam pembentukan ummah tetap diwarisi oleh wanita-wanita solehah setiap zaman.

                Skop peranan wanita adalah luas meliputi peranannya sebagai anak solehah (baik-penyejuk mata orang tua), isteri aqilah (bijak-menambat hati suaminya), ibu mithali ( contoh-ikutan yang baik buat anak-anaknya), hamba Allah yang mutia’ah (taat- patuhi suruhan dan jauhi larangan-Nya), individu Muslimah ( berperibadi Islam-membaiki diri dan menunaikan kewajipan seorang Muslimah serta disulami bunga-bunga akhlak yang menawan) serta mujahidah mukminah ( menyumbang kepada tertegaknya Islam di muka bumi). Setiap wanita perlu menghayati peranan-peranan ini sebagai elemen yang saling berkaitan dan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan secara serentak. Maka, sudah tentu peranan-peranan ini perlu dilaksanakan oleh seorang wanita sepanjang hidupnya.






Rujukan; {1) Al-Quran 2) As-Sunnah 3) Habshah Md.Nor , Wanita Solehah, kedudukan dan personality serta cirri-cirinya, Cetakan Pertama (Kuala Lumpur ; Darul Nu’man. 1996), 4) Mustafa Ramadhan, al-Mukminah as-Solehah, Cetakan Pertama Shah Alam ; 1984). 5) Dr. Walid Litfullah, Wanita Muslimah dan cara mengatasi budaya Barat, Cetakan Pertama (Kuala Lumpur ; Pustaka Al- Mizan,1989. 6) Afzalur Rahman. (Penterjemah; Zaleha Ahmad) Ensiklopedia Sirah, Peranan Wanita, Cetakan Pertama (London ; Muslim Educational School Trust,1988) 7) Mohammad Tharir Badrie. Menjawab Tuduhan dan Kebohongan tentang Isteri-Isteri Rasulullah, Cetakan Pertama (Jakarta ; Pustaka Panjimas, 1983) 8) Syeikh Muhammad Ali Qutb. Wanita Syurga dan Wanita Neraka, Cetakan Pertama (Kuala Lumpur ; Darul Nu’man.1994)} Seindah Mawar Berduri,Fatimah Syarha Mod Noordin, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2009.

Comments

Popular posts from this blog

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba...

Tika hati gundah gulana

Ya Allah .. hanya kepada-Mu aku mohon.. supaya menenangkan hati yg gundah gulana tatkala masalah melewati diri ini.. Ya Rabbul Izzati.. bantulah hamba-Mu ini supaya tabah menghadapi ujian dari-Mu.. Aku bersyukur Ya Allah yg telah mengujiku dan memberi peringatan agar tidak leka dgn keduniaan semata2.... "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan." "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya." "Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar." "Doa memberikan kekuatan pada orang yang...

Puisi Buat Abah....

Abah, Dikau amat anakmu kasihi, Kasihku erat terikat mati, Tak bisa diurai mahupun dirungkai, Meski masa beredar pergi. Abah, Perintah Tuhan akanku taati, Ibu dikampung akanku jagai, Cita cita akan aku gapai, Meski cabaran menggunung tinggi… Abah, Rinduku datangnya tanpa dipinta, Datang bersama sebak didada, Hingga tak terucap dengan kata kata, Selalu jua ku memendam rasa, Meski jiwa tangis segala. Abah, Nasihatmu sering beserta hikmah, Dalam sendu atau sendawa, Senyummu penawar pengubat amarah, Hati yang gusar menjadi ketawa. Abah, Coretan ini telah kulakar, Bukti rinduku adalah benar, Pengorbananmu terlalu besar, Kebaikanmu penuh sinar. Abah, Hanya doa mampuku panjatkan, Beserta al Fatihah sebagai kiriman, Mohon selamat jua keampunan, Moga rohmu beserta yang beriman, Dikasih Allah tuhan ar Rahman, Syukur Ya Tuhan kerana telah memberi memori2 yg indah yg dapat diingati bersama arwah abah walaupun saat itu masih sgt  dlm era kanak-kanak. Walaupun puisi ini dicopy dari...