Skip to main content

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut.

Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan.

Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai).

Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari badannya dan itu memang lumrah wanita yang Allah jadikan.
Selain itu, apabila mendapat berita bahawa lahirnya anak perempuan, para ayah ayah berasa sangatlah malu dan sebahagiannya akan menanam anak perempuan mereka hidup-hidup, Kejamnya, bayi yang baru nak lihat dunia telah pun di bunuh dengan menanam diri mereka.
 Dalam surah An-Nahl ayat 58:
Ertinya: "Apabila diberitakan berita gembira dengan kelahiran anak perempuan, berubah wajahnya murung

Antara kerendahan wanita pada ketika itu adalah wanita tidak layak mendapat perwarisan. Dalam sesi perbincangan, wanita tidak layak memberi pandangan apatah lagi untuk campur tangan dalam perbincangan tersebut.

Sesungguhnya Islam datang dengan memuliakan kaum wanita dan memperlakukannya secara adil serta melindungi kedudukannya....

Ada juga hadis (tapi saya tak ingat sapa yang meriwayatkan) berbunyi :
حبب الي من دنياكم اطيب وانساء وجعلت قرة عيني في اصلاة
Ertinya : Aku mencintai dunia kamu pada wangiannya, WANITA, dan dijadikan ketenanganku di dalam solat.

Dr ada terangkan bahawa wangian itu untuk diri sendiri, wanita itu adalah untuk menjalani kehidupan di dunia dan solat itu adalah bekalan untuk masa akan datang(akhirat)

Wanita Zaman Jahiliyyah Moden :

  • Diperkuda tanpa akad yang sah
  • Diperalat untuk laris barang dagangan / perniagaan
  • Terperangkap mengejar kejayaan ikut standard lelaki
  • Kecantikan diri  untuk tatapan semua dan untuk dibanggai
  • Feminist tidak bertempat
  • 'Hamba' kepada fesyen dan kecantikan luaran
  • Fahaman "mesti bekerja/duit sendiri; senang kalau perlu bercerai
  • Keluarga menjadi priority kedua
Wanita, kamu dimuuliakan dengan 3 status iaitu sebagai seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak.
Sebagai ibu....
-> paling utama dan dimuliakan anak
-> syurga di bawah telapak kakinya (hadis Hasan, riwayat Nasaie dan Hakim)
-> Diutamakan waktu hayat walau dari jihad
Contoh hadis Hasan adalah ketika mana berlakunya peperangan pada zaman Baginda SAW, ada seorang sahabat yang ingin ikut juga berjihad di medan peperangan dan meminta izin Nabi, kemudian Nabi bertanya pada sahabat tersebut , apakah dia masih mempunyai ibu, jika masih ada, maka disuruhnya sahabat itu untuk pulang ke rumah dan berkhidmat kepada ibunya...

Sebagai isteri.....
->lelaki yang terbaik adalah yang terbaik layanan buat isterinya
->pelengkap separuh agama suaminya
->nafqah kepadanya dianggap sedeqah

Sebagai anak....
->jika bapa bersabar dan mendidik anak perempuannya dengan baik, itu akan menjadi perisai dari api neraka (dalam usaha mendidik anak perempuan menjadi solehah)

wanita solehah mendamai dunia melalui diri -> suami -> anak-anak -> kejiranan -> tempat kerja -> dan masyarakat
Solehah pada diri bermaksud menyedari diri tidak sempurna lalu melazimi taubat dan memuhasabah diri. Dia akan sentiasa rasa berdosa, muhasabah diri selalu denagn pertingkatkan ilmu yang dimiliki seperti ilmu yang dapat membezakan halal dan haram, baik dan buruk, dan sebagainya. Selain itu, dia juga perlu mendahulukan pandangan berasaskan nas dan aqal, bukan emosi semata-mata. Sesungguhnya wanita solehah itu adalah yang sentiasa bermujahadah kawal emosi diri demi redha Allah..
Antara tokoh wanita solehah adalah Sayyiditina Khadijah, Sayyiditina A'isyah, Sayyiditina Fatimah, Maryam dan Asiah. Dia juga perlu mementingkan soal kualiti iman dan aurat berbanding kecantikan luaran. Dalam kehidupan dunia kini, dia perlu redha dan sabar dengan cabaran kehidupan sebagai muslimah. wanita juga perlu sedari target bahagia bukanlah semata-mata  pada kebendaan, pangkat, pencapaian duniawi tetapi pada keredhaan Allah di dalam hati. Wanita solahah juga akan menyertai amr makruf dan nahi mungkar.

Solehah pada suami bermaksud sentiasa mentaati suami selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Allah dan menasihati suami dalam bentuk yang hikmah lagi tepat. Dia tidak mengorek kesalahan suami malahan sebaliknya mendoakan dan hanya menasihati tatkala terzahir jelas kesalahan itu dan mulai membuah tanda negatif. Dia juga perlu sedar bahawa suaminya juga tidak sempurna lalu mendoakan dan memaafkan. Selain itu, untuk mewujudkan lagi kemesraan dan keharmonian, dia juga perlu wujudkan tumpuan waktu untuk memahami minat dan kesukaan suami lalu mendalaminya. Dengan ini, wanita itu akan menjdi teman berbual dan teman rapat suami jika tahu apa topik yang diminati suami. Antara perkara penting dalam kehidupan rumahtangga, isteri solehah adalah yang pandai menjaga rahsia rumahtangga dengan menutup aib suami dari kaum kerabat, rakan dan awam.. 

Solehah pada anak-anak bermaksud anak lebih diutamkan dari kerjaya, pangkat dan harta. Dalam urusan didikan, para ibu perlulah mendidik anak dengan perancangan dan plan bukannya spontan kerana mungkin yang spontan itu ada yang tidak baik. Ibu juga perlu mencurahkan dan menjadikan kasih sayang dan akhlak terpuji sebagai model ikutan buat anak-anak. Pendidikan ilmu agama anak-anak perlulah diutamakan dari segala jenis pendidikan yang  lain.

Solehah pada kejiranan bererti dia dikenali oleh kejiranan dan menjaga nama baik diri dan keluarga. Apabila wujudnya dirinya di kejiranan itu, banyak kebaikan yang disebarkan lalu menyebabkan aktiviti buruk jauh dari kawasan itu. Tiadanya berlaku umpatan dan mengadu domba serta menunjuk-nunjuk perhiasan diri.Selain itu, dia akan menjaga batasan aurat dan pergaulan dengan kaum lelaki jiran-jiran, anka dan suami jiran. Dia juga tidak akan menjadikan isu tanah, pokok, parking dan hiasan rumah sebagai punca cemburu dan pergaduhan.

Solehah pada kerjaya dan tempat kerja bererti wanita itu akan menjaga auran dan pergaulannya. Meminta izin dari suaminya untuk bekerja. Bekerja bukan untuk bersaing dan menunjuk kehebatan mencari wang tambahan. Wang tambahan yang diperolehnya bukan diniatkan untuk 'protection' jika diceraikan. dia juga adalah seorang yang tidak mengabaikan pendidikan anak-anak dan keperluan suami walaupun keluar bekerja. Kemuliaan wanita bukan pada kerjayanya..

Solehah pada masyarakat bermaksud dia akan menyumbang kepada kebaikan masyarakat. Menulis, bersyarah dan nukleus positif melalui keluarganya. dia akan ikut terlibat aktiviti awam, menuntut ilmu dan menganjur program kebaikan bersama masyarakat.


Selain topik-topik di atas, dr. juga ada membincangkan mengenai persamaan dan perbezaan wanita dengan lelaki, syariat-syariat yang menyelamat wanita dan tawaran wanita solehah sebagai bidadari syurga. Dr. menyampaikan topik tersebut dengan penuh bersemangat dan banyak kesedaran yang saya peroleh. Antara kesimpulan untuk tajuk entri ini adalah bagaimana wanita solehah mendamai dunia?...

Diri yang faham objektif  hidupnya ---> Rumahtangga harmoni ----> Asbab ketenangan suami                                                                                                                         anak-anak ---> Asbab kejiranan yang damai ---> Memulih masyarakat ---> Kerjaya yang tidak merosak ---> Jenayah berkurang ---> Penceraian berkurang ---> Pergaduhan keluarga yang melahirkan penjenayah menurun ---> Nasihatnya tidak memecah bagi menyatukan --> menyebar aura positif ---> Kemuliaan kaum wanita terpelihara


Sama-sama menuju dan berusaha menjadi wanita solehah...

Comments

  1. Kupasan yang menarik :) teruskan menulis dan semoga menjadi wanita yang solehah insya-Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah.. hanya kongsikan apa yang dapat.. dgn bantuan lectre note ustaz..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tika hati gundah gulana

Ya Allah .. hanya kepada-Mu aku mohon.. supaya menenangkan hati yg gundah gulana tatkala masalah melewati diri ini.. Ya Rabbul Izzati.. bantulah hamba-Mu ini supaya tabah menghadapi ujian dari-Mu.. Aku bersyukur Ya Allah yg telah mengujiku dan memberi peringatan agar tidak leka dgn keduniaan semata2.... "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan." "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya." "Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar." "Doa memberikan kekuatan pada orang yang...

Puisi Buat Abah....

Abah, Dikau amat anakmu kasihi, Kasihku erat terikat mati, Tak bisa diurai mahupun dirungkai, Meski masa beredar pergi. Abah, Perintah Tuhan akanku taati, Ibu dikampung akanku jagai, Cita cita akan aku gapai, Meski cabaran menggunung tinggi… Abah, Rinduku datangnya tanpa dipinta, Datang bersama sebak didada, Hingga tak terucap dengan kata kata, Selalu jua ku memendam rasa, Meski jiwa tangis segala. Abah, Nasihatmu sering beserta hikmah, Dalam sendu atau sendawa, Senyummu penawar pengubat amarah, Hati yang gusar menjadi ketawa. Abah, Coretan ini telah kulakar, Bukti rinduku adalah benar, Pengorbananmu terlalu besar, Kebaikanmu penuh sinar. Abah, Hanya doa mampuku panjatkan, Beserta al Fatihah sebagai kiriman, Mohon selamat jua keampunan, Moga rohmu beserta yang beriman, Dikasih Allah tuhan ar Rahman, Syukur Ya Tuhan kerana telah memberi memori2 yg indah yg dapat diingati bersama arwah abah walaupun saat itu masih sgt  dlm era kanak-kanak. Walaupun puisi ini dicopy dari...