Skip to main content

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Perit, pedih rasa hati Ya Allah.
Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran.

Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri.

Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya.

Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan. Sungguh aku alpa, demi mencari ciri2 suami yang diidamkan, aku telah menyimpan perasaan kepada yang bukan milikku. Ampuni aku Ya Allah.

Ya Allah, temukan aku dengan dia yang mencintai-Mu Ya Rabb.

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba...

Insan yang sentiasa dirindui (Lovely mummy $ abah)

Sebenarnya hampir dua tahun ingin ku coretkan mengenai insan yang amat dirindui, mak yang sudah hampir 3 tahun meninggalkan kami dan dan abah 24 tahun meninggalkan dunia ini. Alhamdulillah Ya Allah walau kami tak kaya, tapi kami dilahirkan, dibesarkan oleh insan yang tabah dan penyayang. Pengorbananmu amat bernilai dan akan selalu kami ingati wahai ibu. Tak banyak yang dapat ku coretkan mengenai perjalanan hidupmu sewaktu kecil, berkahwin dan semasa di awal perkahwinan. Tapi yang paling diingati kisah di mana saat dirimu diuji dengan kematian orang yang amat dicintai, suamimu yang merupakan abah kami. <Flashback> Aku merupakan anak yang kelima, anak perempuan yang keempat dalam keluarga. Alhamdulillah mak hamilkan adikku dan selamat melahirkan adik ketika aku berumur tiga tahun. Kelahiran adik pada kali ini  membuatkan abah dan mak berulang alik ke hospital. Kuning adik tinggi dan menyebabkan adik dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan dan pencahayaan bagi menurunk...