Skip to main content

Posts

Insan yang sentiasa dirindui (Lovely mummy $ abah)

Sebenarnya hampir dua tahun ingin ku coretkan mengenai insan yang amat dirindui, mak yang sudah hampir 3 tahun meninggalkan kami dan dan abah 24 tahun meninggalkan dunia ini. Alhamdulillah Ya Allah walau kami tak kaya, tapi kami dilahirkan, dibesarkan oleh insan yang tabah dan penyayang. Pengorbananmu amat bernilai dan akan selalu kami ingati wahai ibu. Tak banyak yang dapat ku coretkan mengenai perjalanan hidupmu sewaktu kecil, berkahwin dan semasa di awal perkahwinan. Tapi yang paling diingati kisah di mana saat dirimu diuji dengan kematian orang yang amat dicintai, suamimu yang merupakan abah kami. <Flashback> Aku merupakan anak yang kelima, anak perempuan yang keempat dalam keluarga. Alhamdulillah mak hamilkan adikku dan selamat melahirkan adik ketika aku berumur tiga tahun. Kelahiran adik pada kali ini  membuatkan abah dan mak berulang alik ke hospital. Kuning adik tinggi dan menyebabkan adik dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan dan pencahayaan bagi menurunkan p
Recent posts

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kemampuan akal dan

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan

Makna FIQH

Alhamdulillah Ya Allah diberi kesempatan untuk bersama-sama menuntut ilmu dalam taman-taman syurga di Seminar Fiqh Wanita anjuran Majlis Ilmu Pulau Pinang walaupun mendaftar lambat, sehari sebelum program. Allah sebaik-baik perancang. Majlis dimulakan dengan ucapan dan seterusnya pengisian tazkirah ringkas oleh Imam Masjid Abdullah Fahim yang mana beliau diminta pada saat-saat akhir untuk memberi tazkirah sementara menanti kedatangan Ustazah kesayangan, Ustazah Norhafizah Musa yang delay flightnya.  Ma Ma'ana Fiqh Ya Muslimah?? Fiqh bererti Fekah. apa itu fekah? Fekah bererti faham, satu nikmat yang sangat besar. Tahu dengan sebenar-benar tahu. (Makrifahbittaqif) Dan apabila kita tahu sesuatu ilmu itu, hendaklah kita beramal dan berkongsi kerana hakikat ilmu untuk dikongsi.  Wanita dan Gelisah Setibanya ustazah Nurhafizah di ILP, terus di mulakan majlis. Ustazah menceritakan tentang gelisahnya dirinya pada awal pagi tadi untuk melalui beberapa ujian di airport. Ustazah menghadiahka

Nasyeed

Lagu nasyid yang jadi viral kat fb... Katanya student utmkl..sedap Dan bagus lirik dia.. :) mengapa harus kita rasa kecewa sedagkan Tuhan lebih mengetahui  apa yang terbaik untuk mahkluk nya  bukan di takdir untuk menyiksa biarpun kita terasa berjauhan namun jiwa bagaikan tiada sempadan  itu yang terbaik bagi setiap insan saling memahami  redha dengan kehendak Ilahi yaa rabbi azimi yaa asskuu nikmakan laa hati  an'antaa alaiyaa waa'alaa waaa'lihidayah aaaa wahai Tuhan ku ilham kan lah daku  supaya tetap bersuykur atas nikmat Mu  yang Engkau kurnia kan kepada ku juga kepada ibu bapa kuuu  huhuuuu... huhuhuuuuu.... huuuuu huuuuu.. hhuuhhuuu.... huuu.hhuuu huuu.huhuhu.huuuu.huuu mengapa harus kita rasa kecewa sedangkan Tuhan lebih mengetahui  apa yang terbaik untuk mahkluk nya  bukan di takdir utuk menyiksa aaa biarpun kita terasa berjauhan namun jiwa bagaikan tiada sempadan  itu yang terbaik untuk setiap insan saling memahami  redha dengan kehendak Ilahi yaa rabbi azimi yaa a

:: TIPS BELAJAR for MUSLIM STUDENT! ::

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini.  kerana Allah S.W.T. Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama. 2) Disiplinkan diri. Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.  3) Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu. Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting aka