Skip to main content

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti. 
Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya. 
Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai...
~proses penyucian hati
~ meleraikan apa yang terbelit
~ menyampaikan kefahaman

Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali.
Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori.
1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw]
Kategori ini adalah yang terbaik, the good one!
Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada.
Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain. 
Mereka mengikut kadar kemampuan akal dan menyampaikan dengan cara yang terbaik.

2) Manusia yang sedar dia tidak tahu. [Taw-Tak Taw]
Kategori ini baik. Mereka berusaha untuk mencari dan menambah ilmu kerana mereka sedar mereka tidak tahu. Mereka tidak sombong dan tidak kedekut malahan seolah-olah hampir tidak ada sifat mazmumah dalam diri mereka.

3) Manusia yang tidak sedar dia tahu. [Tak Taw-Taw]
Golongan ini langsung tidak sedar yang dia tidak ada ilmu. Mereka tidak memberi manfaat kepada orang lain. Mereka tidak sedar akan kebolehan diri mereka yang mana ini amat merugikan diri.

4) Manusia yang tidak sedar dia tidak tahu. [Tak Taw-Taw]
Golongan ini sangatlah tidak sedar diri. Mereka langsung tidak cakna akan ilmu tetapi hanya pandai bersuara ibarat tahu segala-galanya. Mereka akan merosakkan masyarakat dan memecahbelahkan. Golongan ini kita akan banyak didapati di kedai-kedai kopi yang mana mereka inilah menjadi batu api dalam isu-isu agama dan negara. 

Jadi untuk muhasabah diri, golongan yang manakan kita ingin jadi antara empat golongan itu. 
Adakah kita tahu tujuan hidup kita, apa matlamat kita dan bagaimana cara untuk capai matlamat kita itu?
Sama-sama kita muhasabah diri dan betulkan niat dalam setiap perkara yang kita lakukan. 


#mardhatillah
#fastabiqulkhairaat

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba...

Insan yang sentiasa dirindui (Lovely mummy $ abah)

Sebenarnya hampir dua tahun ingin ku coretkan mengenai insan yang amat dirindui, mak yang sudah hampir 3 tahun meninggalkan kami dan dan abah 24 tahun meninggalkan dunia ini. Alhamdulillah Ya Allah walau kami tak kaya, tapi kami dilahirkan, dibesarkan oleh insan yang tabah dan penyayang. Pengorbananmu amat bernilai dan akan selalu kami ingati wahai ibu. Tak banyak yang dapat ku coretkan mengenai perjalanan hidupmu sewaktu kecil, berkahwin dan semasa di awal perkahwinan. Tapi yang paling diingati kisah di mana saat dirimu diuji dengan kematian orang yang amat dicintai, suamimu yang merupakan abah kami. <Flashback> Aku merupakan anak yang kelima, anak perempuan yang keempat dalam keluarga. Alhamdulillah mak hamilkan adikku dan selamat melahirkan adik ketika aku berumur tiga tahun. Kelahiran adik pada kali ini  membuatkan abah dan mak berulang alik ke hospital. Kuning adik tinggi dan menyebabkan adik dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan dan pencahayaan bagi menurunk...