Skip to main content

Isu Boikot..SAVE THE MUSLIMS....!!!

Salam semua.. tanggal 15 november 2012 bersamaan 1 Muharam 1434, kita sedang menyambut tahun baru Islam, tetapi pada hari itu juga ada yang diserang Israel Laknatullah.. terbaca post ny dan rasanya semua antara kita perlu kaji balik adakah kita support Israel dlm kehidupan kita?..Na'uzubillahiminzalik.. Jom di samping mendoakan Muslim di Gaza, kita boikot juga brang2 Israel..Semoga ISLAM tertegak kembali di dunia ini dan semoga ISLAM sentiasa tertegak dlm diri kita......



piece ni ditulis tahun 2005 dulu.sangat lama,kan?tapi isunya yang disebut tu masih lagi tak abis sampai hari ni.well,selagi kita tak rasa apa-apa,maka selagi tu la kita tak rasa kita sebahagian dari mereka,maka selagi tu la kita tak tergerak nak buat apa-apa,maka selagi tu la nasib mereka tak terbela,maka selagi tu la mereka terseksa,maka selagi tu la ceritanya tak habis sampai bila-bila.maka,buat la 'apa-apa' yang terdaya.comprende?


may Allah bless~

[Hlovate]

Mari la cerita pasal nilai '1' dan Solidarity pula

“Masya Allah…payah nye!” Ed menggaru pelipis. “Fi!” Dia berpaling pada Wafi yang sedang bercekak pinggang di sebelahnya. “Kau tak rasa kepayahan petala ke lapan ke?”

Wafi memandangnya sekilas.Dia melepas nafas perlahan. “Memang la jihad tu susah.” Matanya dialih pada Aish yang macam dalam trance memegang botol shower gel. “Aish,kau amacam?”

“Kau nampak tak aku terketar-ketar nak amik...” Ayat Aish terhenti kerana dia sedang membaca label pada botol di tangan. “...botol brand Aurora Blush nie?” Dia kembali memandang Ed dan Wafi. “Aku dah pakai shower gel Jonhson and Johnson since aku baby tau.Ngaa...Nie dah la brand tak pernah dengar nie...” Dia buat muka sedih. “Hmm..tapi to take it on the bright side,bau wangi gila.Aku suka.” Aish sengih.

Pusing sana,pusing sini.Itu ‘dia’ punya,...itu pun ‘dia’...Yang inun jugak ‘dia’...Yang nu ha tak lain tak bukan, ‘dia’.Yang tu takleh..yang nie cannot...Fuu...

Jihad Ekonomi tulisan Dr.Husain Shahatah.Yang Kak Hana bukak dalam discussion masa dia datang hari tu.

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” 
(Al-Hujurat:15)

“Hukum jihad tu fardhu.”

“Huh?Kena perang ke,akak?” Awin dah jatuh rahang.

“Ish...” Kak Hana ketawa kecil dalam menggeleng. “..jihad tu bukan kerja nak bawak machine-gun tengah perang je.Jihad tu boleh dalam banyak bentuk.Yang kita nak discuss nie jihad ekonomi la.See the ayat?”

Berdesir bunyi page diselak bila semua membuka tafsir.Al-Hujurat-15

“Allah state kan jihad harta tu sekali dengan jihad nyawa.” Kak Hana berhenti seketika merenung wajah-wajah yang merenungnya kembali dengan dahi berkerut dalam konsentrasi. “Kita memang la tak mampu kalau nak tolong brothers ngan sisters kita kat Palestine,Afghan semua tu dengan bawak pedang ke,M16 ke apa,tapi kita tolong jugak dengan apa yang kita termampu.”

“Ooo...”

“In this case,jihad harta.Dah kita tak dapat nak tolong saudara seagama kita dalam bentuk tenaga,tak payahla pulak kita tolong musuh Islam dalam bentuk harta,kan?”

“Ngaa..Kak Hana.Boleh survive ke kita kalau tak beli barang-barang semua tu?” Kerut di dahi Ed kusut. “Segala macam benda yang major dari sana.Kita tinggal apa je nanti.” Dia dah muka susah hati. “Lagi pun akak,kita beli takat sebotol dua je.Diorang tak kaya kita tak miskin,bukan macam tu ke?”

“Tapi kan..” Wafi menggosok dagu. “Haa..nia nak masuk quote nie.We’re all fragile threads,but what a tapestry we made.Kalau kita semua kat sini je dah beli sorang satu,dah kira enam.Banyak apa tu.” Dia membilang. “Lagi pun,kata la sebotol Johnson & Johnson shower gel 1 liter tu boleh beli peluru sebijik macam kata Yusuf Qardhawi tu.Tak free ke bunuh Muhammad Durra ngan ayah dia kat Pelestine tu?”

Yang lain mengangguk. “True..true..” Ed mengiakan.

“Good,Wafi.”Kak Hana menarik senyum segaris. “True...kita takkan mampu nak boikot semua.Sebab diorang yang pegang nadi ekon dunia.Tapi kita cuba la mana yang termampu.Mula-mula nie mark all those Israeli-own brands ngan all those yang terang-terang sokong musuh Islam.Kalau tak mampu drastik...cuba sikit-sikit,okay?Ingat tak ayat mana yang sesuai untuk keadaan nie?”

“Haa!” Aish dah angkat tangan dulu.Dah macam Hermione dalam Harry Potter pulak. “Aish tau!” Dia sengih. “Al-A’raf:164.Allah melihat usaha,bukannya natijah.What we see as futile sebenarnya boleh jadi hujah depan Allah nanti.”

“Betul tu.Sebab memang la dengan takat boikot je tak buat Israeli troops tu bankrupt,tapi we did do something.”

“Macam cerita burung ciak dengan Nabi Ibrahim tu.” Zati menggosok dagu. “Kan Kak Hana,kan?”

Kak Hana angguk.

“Cerita mana nie?” Wafi muka berkerut cuba mengingat.

“Ala...Yang masa Nabi Ibrahim nak kena bakar dengan kaum dia lepas pecahkan berhala tu.” Zati membuka buku notanya. “Kan the api was the very the besar one,dan Nabi Ibrahim pun dah kena catapulted masuk dalam api.Masa tu datang la seekor burung kecil nie,rupanya dia bawak air dalam paruh dia yang kecil tu.” Kawan-kawannya yang mendengar dipandang. “Dia nak tolong padamkan api.”

“Haa..ingat dah!” Wafi memetik jari. “Yang lepas tu all the onther animals tanya kenapa dia buat macam tu,sebab impossible dia boleh padamkan api tu dengan air cinonet yang dia bawak tu kan?”

“Yep.Dan lepas tu burung tu cakap apa?” Kak Hana cuba menguji.

“Burung tu kata,nanti bila Hari Pengadilan nanti bila Allah tanya apa yang dia dah buat untuk agama Allah,dia akan kata dia pernah cuba nak menyelamatkan Nabi Ibrahim.” Awin yang menyambung. “Kan?”

“Tabik spring la adik-adik akak nie.” Kak Hana sengih.”Walaupun burung tu tau usaha dia tak mampu nak padamkan api,dia still buat sebab...”

“Allah tengok usaha,bukan natijah.”

“Allah tengok usaha,bukan natijah.” Ed menutur sendiri. “OK!” Muka dah determine.Facial wash Secret dicapai mengganti L’Oreal .Shower gel Nature’s dicapai mengganti SeaSpa .Shampoo Everyday dicapai mengganti Garnier .Peduli la brand tak pernah dengar seumur hidup pun.Aish di sebelah dah pejam mata mencapai set Aurora Blush untuk shower gel,shampoo ngan facial wash.

“Ed.”

Ed paling pada Wafi. “Apa?” Hilang dah flashback.

“Agak-agak kalau aku pakai shampoo Sundance nie,pastu rambut jadi keras macam papan cemana ek?”

“Takpe.Banyak lagi shampoo lain leh try.” Ed kenyit mata. “Ada jugak rambut jadik papan,better dari dapat bloodied hand sebab membunuh tak langsung.”

“Gotcha.” Wafi sengih.Botol Sundance dicapai terus.

*

Withdrawal symptom yang menakutkan!

“Ed..” Perlahan Wafi menegur. “Kau sedar tak apa yang baru buat tadi?”

Ed tak menjawab.Pandangannya memaku pada dedaun gugur di depan library.Sedar...Baru lepas terrr...laser Ciput.Aku fire Ciput.Ngaa!!!Tapi ye la yang mamat tu pun satu.Bercakap pun suara Hertz tak cukup,aku nak dengar setengah patah pun tak boleh.Dah la sekarang temper short.Tempah maut la.Ed menggigit bibir bawah.Wafi tak tau nak cakap apa.Dia menghulur hot choc Tidbits Cafe ke tangan Ed.

“Minum nie.” Wafi kembali memandang ke belakang melihat Aish dan Zati masih menutur sesuatu pada Saiful.

“Dia...” Hish!Macam mana aku nak cakap nie.Aish rasa nak menggaru kepala.Saiful di hadapannya muka tak boleh nak ditafsir riak.Gila betul Ed.Boleh di’fire’nya Ciput.Tak pernah dibuatnya macam tu. “Ed...dia under withdrawal symptom tu.” Terkial-kial Aish nak susun ayat.

Rahang bawah Saiful jatuh tanpa sedar.Hajat tadi nak berlalu terus mati.Withdrawal symptom?!

Aduss...Dah diingatnya Ed tu addict ke?Ish..memang addict pun. “Dia...kitorang sekarang tengah under jihad ekon.” Aish menutur.Allah...seram betul la nak bercakap dengan Ciput nie. “So sekarang Ed tak boleh nak take her daily dose of Coke..Powerade..Nescafe..Appletizer..All those kan Cik Y punya products.”

I see.Saiful hanya mengangguk tanpa memandang wajah Aish,tanda mendengar. “Saya mintak diri dulu.Cakap kat Ed nanti saya emailkan dia details yang saya nak cakap tu.” Saiful dah melangkah. “Assalamualaikum.”

Kat kolej dulu siapa yang tak tau?Sampai nick dia pernah jadi CokEd.Saiful memasukkan earphone ke dalam kedua belah telinga.Suara Zain Bikha mula menyapa.Habit Ed memang menakutkan.Vending machine dengan koop kolej tu kaya dengan dia je rasanya.Coke staple diet waktu break,tengah hari,malam.Petang lepas riadah mesti dengan sports drink.Nescafe pun staple diet untuk stay-up.Sampai tiga sachet pulak tu.Everyday.Even dia yang tak cukup kenal Ezdiana Isahak pun boleh tau semua hal tu,sebab memang dah jadi urban legend sampai satu kolej tau!Dan memang betul.Withdrawal symptom...

Pertama kali tengok Ed keluar aura naga.Selama nie layback cool je.Hari nie keluar api pulak.Saiful menggeleng perlahan.Jihad ekonomi?Sisters dah mau maju setapak lagi.

Moga Allah permudahkan urusan dan pinjamkan kekuatan.Ameen.

***

Hujung telunjuknya menekan butang scroll untuk membaca email yang baru diterimanya.Details untuk Muslim Students’ Society (MUSS).Ada potluck dinner nak buat kat masjid rupanya.Ed membaca lagi.Mintak maaf la Ciput oi pasal siang tadi.Hatinya bersuara sendiri.Matanya membaca lagi

...lepas Isya’ malam nie kitorang hantar periuk dengan kuali yang kitorang pinjam dari masjid.Sekali dengan bekas2 nk isi semua food nanti.Jzkk...

Lepas Isya’.Ed menjeling jam pada laptop.Around now la kot.Bagaikan on cue handset tiba-tiba berlagu dan mati.Missed call.Dipandangnya nama pemanggil. Ciput.Selang lima minit pintu depan diketuk bertalu.Kemudian senyap.

Got it...Ed melangkah ke arah almari.Sweater disarung di atas oversize tee dan cotton pants gedabak.Kemudian selandang disarung sambil keluar bilik.Awa dan Aish turut keluar dari bilik masing-masing.

“Diorang hantar barang ke?” Wafi yang turut membuka pintu bilik bertanya dari bawah.Dia dah siap dengan hoodie dan selendang di kepala.Zati bilik sebelah pun dah sama siap.

“Ha’ah.” Ed angguk sambil turun tangga. “Yang untuk masak weekend nie.” Dia membetulkan lipat selendang. “Diorang dah blah,kan?”

Wafi menjenguk di celah cermin pintu yang berkabut tu. “Diorang dah takde dah rasanya.Hmm..nampak dah periuk kat atas tangga depan pintu tu.” Dia membuka pintu melangkah keluar dengan Zati di belakang.

“Nak masak apa eh,nanti?” Aish bertanya dari tepi rail tangga.

“Tanya tukang masak la.” Ed sengih.

“Tukang masak,nak masak apa?” Aish sengih pada Awa di sebelah.

“Redah nasik ayam la kali nie.” Awa sengih.

“Masya-Allah...” Zati yang melangkah masuk menggeleng dengan periuk besar dan pyrex-pyrex dan kuali bertindih di atas kedua belah lengan.

Yang dalam rumah jatuh rahang. “Kenapa?”

“Muahaha...Muchacha...Muchacko...Mojacko..” Wafi yang mengekor masuk sambil menutup pintu turut menggeleng. “Dasyat tak Cik Ciput?” Dia sengih.

Ngaa?Yang lain lagi muka tak paham.Zati ketawa. “Tengok la apa dia hantar.

Wafi mengangkat bungkusan plastik di tangannya. “Mecca Cola 2L,Country Hills Roast Ground Coffee,dengan All East Sparkling Juice.Nak jadi substitute Coke,Nescafe,dengan Appletizer.” Dia angkat kening double-jerk. “Dalam kata lain Cik Ciput mengatakan ‘wahai sisters,nie la memenda yang leh jadik substitute untuk jihad ekon nie’.” Wafi sengih. “Siapa mau tabik sama Inche Ciput?”

Yang lain dah speechless.

Ed tak tau nak kata apa.Akukah yang bersalah?

“Alhamdulillah...”Aish dah mengamin ke langit. “Rezqi...rezqi..Allah bless you,Ciput.”

“Ed.” Zati sengih. “Kau fire dia hari-hari la macam nie.”

“A.ha.ha.” Muka tak tau nak buat macam mana.

_____________________
**semua jenama yang disebutkan di atas adalah di dalam inminds.com Boycott List as per 19th January 2012.List ini sentiasa diupdate mengikut allegiance jenama-jenama itu terhadap gerakan zionist/Boleh refer dihttp://www.inminds.com/boycott-israel-2012.php

Comments

Popular posts from this blog

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba...

Tika hati gundah gulana

Ya Allah .. hanya kepada-Mu aku mohon.. supaya menenangkan hati yg gundah gulana tatkala masalah melewati diri ini.. Ya Rabbul Izzati.. bantulah hamba-Mu ini supaya tabah menghadapi ujian dari-Mu.. Aku bersyukur Ya Allah yg telah mengujiku dan memberi peringatan agar tidak leka dgn keduniaan semata2.... "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan." "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya." "Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar." "Doa memberikan kekuatan pada orang yang...

Puisi Buat Abah....

Abah, Dikau amat anakmu kasihi, Kasihku erat terikat mati, Tak bisa diurai mahupun dirungkai, Meski masa beredar pergi. Abah, Perintah Tuhan akanku taati, Ibu dikampung akanku jagai, Cita cita akan aku gapai, Meski cabaran menggunung tinggi… Abah, Rinduku datangnya tanpa dipinta, Datang bersama sebak didada, Hingga tak terucap dengan kata kata, Selalu jua ku memendam rasa, Meski jiwa tangis segala. Abah, Nasihatmu sering beserta hikmah, Dalam sendu atau sendawa, Senyummu penawar pengubat amarah, Hati yang gusar menjadi ketawa. Abah, Coretan ini telah kulakar, Bukti rinduku adalah benar, Pengorbananmu terlalu besar, Kebaikanmu penuh sinar. Abah, Hanya doa mampuku panjatkan, Beserta al Fatihah sebagai kiriman, Mohon selamat jua keampunan, Moga rohmu beserta yang beriman, Dikasih Allah tuhan ar Rahman, Syukur Ya Tuhan kerana telah memberi memori2 yg indah yg dapat diingati bersama arwah abah walaupun saat itu masih sgt  dlm era kanak-kanak. Walaupun puisi ini dicopy dari...