Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah masih dizin Allah Yang Maha Esa untuk terus hidup di muka bumi ini, menghirup udara yang kurang segar akibat jerebu yang berupa peringatan untuk hamba-hamba-Nya bertaubat daripada terus melakukan kemaksiatan dan masih lagi diberi peluang untuk terus mencari dan mengutip amalan-amalan kebaikan demi menggapai redha Ilahi. Alhamdulillah....
Insyaa-Allah akan saya kongsikan sedikit ilmu yang diterima setelah mendengar siaran langsung dari Ikim fm bersama Ustazah Fatimah Syarha pada malam semalam yang bertajuk "Jom taubat, Itu Ubat"
Apakah yang dimaksudkan dengan taubat?
Taubat = menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan, "repentance"
Ibnul Qayyim mengatakan,syarat-syarat taubat itu ada tiga:
--> penyesalan terhadap semua perbuatan jahatnya
--> menghapuskan semua perbuatan jahatnya
--> meminta ampun dan maaf
Apabila manusia melakukan kesalahan, mereka masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri, iaitu dengan bertaubat. Bertaubat dari melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh memasukkannya ke dalam neraka. Taubat yang dilakukan secara total iaitu TAUBAT NASUHA (taubat yang sesungguhnya).
Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya:
"Setiap anak-anak Adam (manusia) berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah bertaubat"
HR At Tirmidzi no. 2499 dan dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al Jami' Ash Shaghir, no:4391.
Firman Allah yang bermaksud:
".....Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung."
Surah An Nur : ayat 31
Hassan Basri ada mengatakan :
" Hati itu kadang-kadang hidup dan kadang-kadang mati. Ia sentiasa hidup dengan ibadah-ibadah yang wajib dan sunnah, tetapi ia boleh mati dengan pelbagai dosa dan kemaksiatan."
Antara kekangan yang dihadapi oleh manusia untuk bertaubat atau erti kata lain ( penghalang taubat ) adalah:
1) Apabila seseorang itu memandang remeh terhadap masa.
Golongan yang sebegini akan mempunyai fikiran bahawa bertaubat itu apabila umur kita sudah tua, lebih kurang dalam umur 40 ke atas. Dia akan menangguh-nangguhkan masa untuk bertaubat. Masa mudanya adalah untuk "enjoy" seenjoy-enjoynya kehidupan duniawi. Apabila sudah tua baru nak mencari amalan untuk akhirat sana... Astaghfirullah....
Janganlah kita menjadikan diri kita dalam golongan sebegini.. Mati itu pasti dan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja, dan semuanya telah ditetapkan-Nya. Allah tidak pernah menjamin bahawa kita akan mati apabila tua, dan janganlah kita berfikiran untuk hanya bertaubat apabila umur sudah semakin tua.
Sentiasalah bersedia untuk bertaubat dan bersedia untuk menghadap Ilahi kerana dengan selalu beringat akan kematian, tidak mungkin kita akan menangguhkan taubat.
2) Orang yang panjang angan-angan hendak buat dosa. Mereka ini hanya mahu keseronokan di waktu usia muda. mereka mudah menangguhkan masa untuk bertaubat. Sesungguhnya orang yang hidup dalam angan-angan ialah orang yang paling rugi.
3) Apabila kita 'tertipu'. Konon-kononnya kita boleh buat dosa dahulu, nanti Allah akan ampunkan dosa yang telah kita buat.
Orang yang beriman, kehidupannya akan penuh dengan melakukan amalan kebaikan tetapi dalam pada masa yang sama, oarng tersebut akan sentiasa berasa risau samada amalannya diterima Allah atau tidak. Sebaliknya orang yang tidak beriman akan terus melakukan kejahatan dan befikir bahawa dosanya akan diampunkan nanti . Mereka ini mempunyai fikiran bahawa Allah itu kan Maha Pengampun, mestilah Dia akan ampunkan dosa....!!! Na'uzubillahiminzalik, semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang tidak beriman.
4) Sering melabelkan diri orang berdosa, tidak layak untuk bertaubat.
Jangan sesekali kita tidak mahu bertaubat kerana merasakan diri tidak layak untuk bertaubat atas dosa yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah memandang hamba-hamba-Nya yang ikhlas untuk bertaubat, kembali kepada jalan yang diredhai-Nya.
Firman Allah dalm surah At-Taubah; 74:
".... Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan ereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan penolong di atas muka bumi."
~Allah sentiasa bersedia untuk menerima taubat hamba-hambaNya.. ~
~Maka, kita haruslah sentiasa bertaubat dan melakukan amalan kebaikan selagi hayat dikandung badan.~
IHFAZILLAH YAHFAZKA......

=) blog walking.. thank you atas ilmu..
ReplyDelete