Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Pemuda penyambung rantai dakwah

Ringkasan Liqa' bersama UTITM: Al-Fadhil Ustaz tidak memulakan pengisian dengan mukaddimah yang panjang. Beliau terus mengaitkan erti kita berada dalam jamaah dan keberuntungan orang-orang yang berada dalam saff perjuangan Islam. Mulianya kita kerana kita membawa risalah yang dibawa oleh Nabi. Ada satu hadis menyebut bahawa 2 golongan yg hampir dengan darjat kenabian yakni: 1. Orang yg berjihad 2. Ahli ilmu Orang-orang yang berjihad adalah orang yang berjuang dan berkorban demi menegakkan agama Islam. Manakala ahli ilmu pula adalah mereka yang menjaga kesucian risalah Islam. Disebut bahawa bersama Nabi juga ada dua golongan yang berjuang membawa risalah Baginda. 1. Para Sahabat 2. Hawariyyun Para sahabat adalah mereka yang hidup sezaman dengan Nabi, beriman dengan Nabi, dan berjumpa dengan Nabi walaupun sekali. Melengkapi ketiga-tiga syarat ini, mereka adalah para sahabat Rasulullah. Diberi contoh Uwais al-Qarni, walaupun beliau hidup sezaman dengan Rasulullah, sempat berj...

Don't judge a book by its cover!

~Sharing from sahabiah ~ Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau iaitu Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari surga. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu  Saidina Umar Al Khattab.. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid. Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina  Bilal bin Rabah terdengar di surga. Subhanallah.... Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi kepada Allah. Aamiin...

Muslimat Powerrr!!!

Tarbiyyah Muslimat powerrrr!! Perempuan hendaklah usaha untuk miliki 6 sifat Aisyah R. Anha. Seseorang wanita yang mempunyai sifat-sifat ini akan menjadi penyebab kepada kebangkitan agama dan kemajuan ummat Islam dalam menjadi muslim sejati. 1. SOLEHAH Mentaati Allah dan Rasul melebihi segala galanya. 2. DAIEYAH Sentiasa memikirkan tentang jatuh dan bangkitnya agama dalam alam ini dan berusaha memberikan apa sahaja sumbangan untuk membangunkan Islam. 3. ABIDAH Sentiasa menyibukkan diri dengan ibadah dan juga istiqamah dalam setiap amal ibadat. 4. ALIMAH Mempelajari ilmu agama dan memahami setiap kehendak agama sehingga dapat mendidik anak2 dengan didikan agama yang sebenar bertepatan denga sunnah rasulullah SAW. 5. ZAHIDAH Mengamalkan kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan, tidak tamak dengan kemewahan dan kesenangan dunia, merasa cukup dengan apa yang ada serta tidak memaksa suami untuk mencari kemewahan dan kesenangan dunia. 6. KHADIMAH Sentiasa ber...

5 Tips Mudah Untuk Lebih Bersemangat Baca al-Quran

Aku adalah siswi universiti, jawatan ni menuntut aku untuk melakukan pelbagai tugasan. Aku juga ahli aktif kelab dan persatuan di universiti. Tapi aku lupa bahawa aku juga hamba Allah yang perlu aktif melakukan ibadah untuk kebaikan aku sendiri, untuk saham aku di akhirat nanti. Bodohnya aku, lalainya aku dengan tugasan dunia yang tidak akan pernah habis. Hidup aku untuk apa sebenarnya, mati aku nanti bagaimana? Aku tatap al-quran pink atas meja belajar aku, lebih seminggu aku tinggalkan dia tanpa rasa bersalah. Kalaulah dia boleh bercakap, mesti dia cakap “Bukan lama sangat untuk kau baca al-quran, kau ada 24 jam. Takkan 5 minit untuk 5 waktu solat pun kau tak nak baca aku?”. Astagfirullah. Aku belek muka surat terakhir yang aku baca,muka surat yang patut di ‘highlight’ isi terjemahannya dengan warna-warni hanya penuh dengan tulisan hitam. Rasa malu dengan Allah. Aku cari penyelesaian. Aku baiki jadual harian aku, aku cari solusi bagaimana untuk aku leb...

4sifat tawadhuk

Syeikh Ahmad Ibn Athaillah dalam Kitab al-Hikam menyenaraikan 4 tanda sifat tawadhuk : 1) Tidak marah apabila dimaki. 2) Tidak benci apabila dicela atau dituduh sombong. 3) Tidak haloba pangkat dan darjat dalam kalangan org ramai. 4) Tidak merasa dirinya termasuk dalam kalangan orang yang disegani dalam hati setiap org. Sama-sama kita mengambil pengajaran dan muhasabah bersama. Petikan dari - Sifat Mahmudah Calon Ahli Jannah (Syeikh Zainul Asri) W.alam. Jom sama2 amalkan

Peringkat ukhuwah

Peringkat Ukhuwah  Ukhuwah 👭👭. Sembang pasal ukhuwah 👭👭, mesti ramai terbayang-bayang 💭 kawan2 sekeliling . Kalau ana tanya 💬 kalian : "Hang dok ukhuwah peringkat mana " Tak ramai boleh jawab 💬💬. Mehh, ana nak share. Ukhuwah ada peringkat ,ada . Peringkat ini dalam bentuk ranking :  Ithaar  Salamatus As-Sadr  Husnu Dzon So, ithaar adalah top  dalam carta Ukhuwah 👭👭. 'Ithaar itu apa bro ' Ithaar ni tak ramai yg dapat dlm ukhuwah 👭, bahkan ranking terbawah  sekalipun iaitu Husnu Dzon pun tak ramai yg dapat. Ithaar ni ialah kita lebih pentingkan sahabat dari diri kita sendiri . Lagu mana tuh? Macam kaum Ansar yg sggup bg isteri 👰 dekat kaum Muhajir...

Tafsir Haraki

Dari FB Ustazah Wahibah Tahir: Tafsir Haraki. [Surah Ali Imran, 3: 137-142] Kupasan dari Tafsir Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb kata: Faktor Kemenangan lambat. 1. Tak cukup matang. 2. Ummah dan jemaah belom sampai masa untuk membawa dan menerima kebaikan & keadilan. 3. Perjuangan belum bersifat tajarrud daripada ikatan kebendaan. Perjuangan yang hanya nak tunjuk hebat. 4. Pada kejahatan musuh, ada saki baki kebaikan. -------------------- 4 bentuk sunnah perjuangan kebenaran. 1- التغيير Perubahan 2- التدافع Pertembungan.  3- التدرج Berperingkat-peringkat. 4- اﻹبتلاء Ujian kesusahan dan Ujian kesenangan. Allah didik Rasulullah dan para sahabat dengan pelbgai ujian supaya kenal penyakit yang ada dalam diri, perbaiki dan ubah, baru Allah akan.mendatangkan kemenangan. Apabila ditimpa kekalahan mereka sedar. ...