Skip to main content

5 Tips Mudah Untuk Lebih Bersemangat Baca al-Quran

Aku adalah siswi universiti, jawatan ni menuntut aku untuk melakukan pelbagai tugasan. Aku juga ahli aktif kelab dan persatuan di universiti.

Tapi aku lupa bahawa aku juga hamba Allah yang perlu aktif melakukan ibadah untuk kebaikan aku sendiri, untuk saham aku di akhirat nanti.

Bodohnya aku, lalainya aku dengan tugasan dunia yang tidak akan pernah habis.

Hidup aku untuk apa sebenarnya, mati aku nanti bagaimana?

Aku tatap al-quran pink atas meja belajar aku, lebih seminggu aku tinggalkan dia tanpa rasa bersalah.

Kalaulah dia boleh bercakap, mesti dia cakap “Bukan lama sangat untuk kau baca al-quran, kau ada 24 jam. Takkan 5 minit untuk 5 waktu solat pun kau tak nak baca aku?”. Astagfirullah.

Aku belek muka surat terakhir yang aku baca,muka surat yang patut di ‘highlight’ isi terjemahannya dengan warna-warni hanya penuh dengan tulisan hitam. Rasa malu dengan Allah.

Aku cari penyelesaian.

Aku baiki jadual harian aku, aku cari solusi bagaimana untuk aku lebih semangat baca al-quran, untuk jadikan al-quran sahabat aku, untuk jadikan al-quran pedoman di setiap hari aku.

Ini antara solusinya untuk rajinkan diri baca Al-Quran

Sebagai perkongsian kita bersama, insyaAllah:

1) Niatkan Dalam Hati

Niat dalam hati, aku baca al-quran agar Engkau lebih sayang aku ya Allah, agar hari-hari aku ini penuh dengan keceriaan.

2) Al-Quran Berwarna

Anda suka warna apa? Sekarang macam-macam jenis warna ada jual. Kalau suka pink, beli warna pink. hehe. Sebelum beli tengok isi terjemahannya sekali. Pastikan tulisannya tidak terlalu kecil.

3) Fahamkan Isinya

Lepas baca al-quran, baca dan fahamkan terjemahannya. Baru kita tahu makna tiap apa yang kita baca. Rugi kalau tak baca terjemahan, kalau kita ni orang Arab tak apa.

Setiap kata-kata dari al-quran tu cukup indah, lebih indah dari lirik lagu romantika de amor. Subhanallah!

4) Highlight isi-isi penting dalam al-quran tu.

Contoh, dalam surah al-fatihah,ayat 05 yang bermaksud,“Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.”

Ayat ni boleh dijadikan zikir setiap hari.

5) Jadikan al-quran sebagai “PETI ADUAN”.

Bila kita gembira,bila kita sedih, bila kita rasa tak dihargai, bila rasa ingin dicintai, bila kita ingin bertaubat, bila kita ingin menambah iman kita, bila kita ingin masuk syurga.

Semuanya ada dalam al-quran. Bedah isinya,kita akan tahu betapa indahnya kurniaan Allah ini. Subhanallah!

Penutup: Baca Al-Quran Itu Melengkapkan Hidup

See! Betapa al-quran itu pelengkap hidup kita.

Sampai nak cari kawan baik pun Allah tolong kita,segalanya melalui al-quran. Bila hidup kita berpandu al-quran, hati timbul rasa tenang,hati rasa ingin tambah amal, hati rasa bahagianya bila al-quran ada dekat dengan hati.

Bila al-quran dijadikan sahabat,insyaAllah hidup berkat.

Muslimah,

apa guna berwajah indah jika al-quran tidak diendah,

apa guna berwajah cantik jika tiada Nur dari Allah,

hari-hari dilalui akan indah,

jika al-quran sentiasa diselak,dibaca dan dihayati isinya yang indah,

hidup tiada gundah,

hidup terasa indah,

sungguh al-quran itu isinya cukup indah,

sungguh al-quran itu penghapus rasa gundah,

SUBHANALLAH!

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba...

Insan yang sentiasa dirindui (Lovely mummy $ abah)

Sebenarnya hampir dua tahun ingin ku coretkan mengenai insan yang amat dirindui, mak yang sudah hampir 3 tahun meninggalkan kami dan dan abah 24 tahun meninggalkan dunia ini. Alhamdulillah Ya Allah walau kami tak kaya, tapi kami dilahirkan, dibesarkan oleh insan yang tabah dan penyayang. Pengorbananmu amat bernilai dan akan selalu kami ingati wahai ibu. Tak banyak yang dapat ku coretkan mengenai perjalanan hidupmu sewaktu kecil, berkahwin dan semasa di awal perkahwinan. Tapi yang paling diingati kisah di mana saat dirimu diuji dengan kematian orang yang amat dicintai, suamimu yang merupakan abah kami. <Flashback> Aku merupakan anak yang kelima, anak perempuan yang keempat dalam keluarga. Alhamdulillah mak hamilkan adikku dan selamat melahirkan adik ketika aku berumur tiga tahun. Kelahiran adik pada kali ini  membuatkan abah dan mak berulang alik ke hospital. Kuning adik tinggi dan menyebabkan adik dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan dan pencahayaan bagi menurunk...