Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Puisi Buat Abah....

Abah, Dikau amat anakmu kasihi, Kasihku erat terikat mati, Tak bisa diurai mahupun dirungkai, Meski masa beredar pergi. Abah, Perintah Tuhan akanku taati, Ibu dikampung akanku jagai, Cita cita akan aku gapai, Meski cabaran menggunung tinggi… Abah, Rinduku datangnya tanpa dipinta, Datang bersama sebak didada, Hingga tak terucap dengan kata kata, Selalu jua ku memendam rasa, Meski jiwa tangis segala. Abah, Nasihatmu sering beserta hikmah, Dalam sendu atau sendawa, Senyummu penawar pengubat amarah, Hati yang gusar menjadi ketawa. Abah, Coretan ini telah kulakar, Bukti rinduku adalah benar, Pengorbananmu terlalu besar, Kebaikanmu penuh sinar. Abah, Hanya doa mampuku panjatkan, Beserta al Fatihah sebagai kiriman, Mohon selamat jua keampunan, Moga rohmu beserta yang beriman, Dikasih Allah tuhan ar Rahman, Syukur Ya Tuhan kerana telah memberi memori2 yg indah yg dapat diingati bersama arwah abah walaupun saat itu masih sgt  dlm era kanak-kanak. Walaupun puisi ini dicopy dari...

Saat diberi pilihan.....

Di copy dari blog MencintaiDia.com “Andai ada yang ingin masuk meminang, akan ku pertimbangkannya dalam-dalam. Aku kini lebih matang berbanding dahulu.” Itu butir kata perbualan saya dengan Murabbi saya. Tidak tahu apa yang merasuk saya, namun kami punya perbincangan itu. Saya fikir saya tidak bercanda, jauh sekali bergurau senda, saya tahu dia dapat menerimanya, namun seketika itu dia hanya diam seribu bahasa. **** Rasanya tidak salah saya katakan, anak muda sekarang ingin benar cepat kahwin. Ingin menjaga diri katanya, adapun ingin ada orang yang menjaganya. Lebih manis cintanya selepas kahwin. Malahan, itu bukanlah sesuatu yang salah, saya malahan memuji anak muda yang punya cita-cita ingin lekas bernikah. Jika diteliti maksud hadis, “Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah” (HR Baihaqi dari Anas bin Malik) Saya juga tidak terkecuali. Teman-te...

AyAt CiNtA ALLAH

Surah Al-Nisa' 4:114 " Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan rahsia mereka, kecuali bisikan rahsia daripada org yg menyuruh (orang) bersedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yg besar..."

TaWaKaL kepada ALLAH

Tawakkal? selalunya kita akan tawakal pada Allah selepas habis exam, tatkala dlm ketakutan yg melampau dan sebagainya... Tapi sedarkah kita, tawakal yg sebenar adalah kebergantungan kepada Allah SWT sepenuhnya... mengharapkan Allah sahaja yg dapat memberikan perlindungan, memberikan berita baik buat kita, Insha-Allah. Persoalannya, adakah kita bertawakal sepenuhnya pada Allah?.. Jom kite tengok situasi tawakal yyg berlaku dlm kalangan kita..... Situasi 1: A : Eh, nape aku tengok kau mcm takut2 je?.. relax sudah la.. exam je pun. B : Aku takut la. takut x boleh jawab japgi. Study pn x abeh lg 2 topik. A : Ala, x pe nye. InshaAllah boleh jawab. tawakal jela. B : Tawakal?..hmmm.. tawakal juga la.. Adakah tawakal yg seperti itu yg kita lakukan??? Semoga setiap perkara yg akan atau pun yg sedang kita lakukan besertakan Tawakal kepada Allah SWT.. (renunganbuatdiriygkerdil)

Wanita Pertama Mati Syahid ~ SUMAYYAH

Dalam diri selembut sutera kau miliki iman yg teguh, Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera, Dibelenggu jahiliyah kau tempuh dgn berani, Walau pun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan.. Padang pasir menjadi sksi ketabahan keluarga itu, Tika suami dan ank dibaring menghadap mentari, Disuruh memilih iman atau kekufuran, Samar jahiliyah atau sinaran akidah..... Sabarlah keluarga Yasir bagimu syurga di sana, Dan kau pun tega memilih syurga walau terpaksa mengorban nyawa, Lalu tombak yg tajam menikam jasad mu yg tiada bermaya, Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah.. Darahmu menjadi sumbu pelita iman, Sumayyah kaulah lambang wanita solehah, Tangan yg disangke lembut menghayun buaian Menggoncang dunia mencipta sejarah..  Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara, Untuk hidup di syurga yg selama-lamanya, Kaulah wanita terbaik sebaik manusia, Namamu tetap menjadi sejarah.... SUMAIYYAH.....(Wanita pertama mati syahid) Sumayyah merupakan ibu kpd Ammar...

Tika hati gundah gulana

Ya Allah .. hanya kepada-Mu aku mohon.. supaya menenangkan hati yg gundah gulana tatkala masalah melewati diri ini.. Ya Rabbul Izzati.. bantulah hamba-Mu ini supaya tabah menghadapi ujian dari-Mu.. Aku bersyukur Ya Allah yg telah mengujiku dan memberi peringatan agar tidak leka dgn keduniaan semata2.... "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan." "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya." "Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar." "Doa memberikan kekuatan pada orang yang...