Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

TAHU @ TAK TAHU!!!

Alhamdulillah berkesempatan untuk bersama-sama dalam biah solehah di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum SRIBU sebagai guru ganti.  Di sini, setiap bulan akan ada usrah bersama Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin. Mengenali susuk tubuh ini, beliau orang yang sangat dikagumi anak tarbiah kampus mahupun dari penampilan, penyampaian serta ilmunya.  Ustaz mengingatkan untuk semua guru supaya membaca doa penerang hati beserta maksud sebelum memulakan kelas. Hal ini kerana doa sebagai... ~proses penyucian hati ~ meleraikan apa yang terbelit ~ menyampaikan kefahaman Antara yang diingatkan lagi oleh ustaz adalah petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat kategori. 1) Manusia yang sedar dia tahu. [Taw-Taw] Kategori ini adalah yang terbaik, the good one! Mereka sedar mereka mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang sedia ada. Mereka ibarat pokok yang berbuah yang mana dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Mereka mengikut kadar kema...

Hatiku menjeritttt!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Perit, pedih rasa hati Ya Allah. Apabila kita menyedari hati terasa Kotor. Berperang dengan hawa nafsu. Sungguh, gejolak yang melanda jiwa seperti tak rela untuk jauh dari fikiran. Kenangan kenangan datang menjengah jiwa. Jodoh itu Allah tetapkan, rezeki juga Allah tetapkan, tapi ingat MATI juga Allah tetapkan dan rahsiakan. Jadi, bersedialah Wahai diri. Di saat masih belum berposting, soal jodoh menerpa di hati. Ku ingat kembali jodoh yang tidak kesampaian. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka, yang zuhud imannya. Aku pasrah melihat hadiah2 yang masih tersimpan rapi. Selendang biru dan sepasang kain. Bahagia ku lihat mereka bahagia. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya. Satu kisah lagi yang menyebabkan hati sakit, apabila seseorang itu tidak berlaku jujur di awal perkenalan. Status mu itu yang menyebabkan aku mula menyukai mu. Tapi demi menjaga perasaanku, kau telah mengecewakan aku yang sangat. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat perasaan...

Makna FIQH

Alhamdulillah Ya Allah diberi kesempatan untuk bersama-sama menuntut ilmu dalam taman-taman syurga di Seminar Fiqh Wanita anjuran Majlis Ilmu Pulau Pinang walaupun mendaftar lambat, sehari sebelum program. Allah sebaik-baik perancang. Majlis dimulakan dengan ucapan dan seterusnya pengisian tazkirah ringkas oleh Imam Masjid Abdullah Fahim yang mana beliau diminta pada saat-saat akhir untuk memberi tazkirah sementara menanti kedatangan Ustazah kesayangan, Ustazah Norhafizah Musa yang delay flightnya.  Ma Ma'ana Fiqh Ya Muslimah?? Fiqh bererti Fekah. apa itu fekah? Fekah bererti faham, satu nikmat yang sangat besar. Tahu dengan sebenar-benar tahu. (Makrifahbittaqif) Dan apabila kita tahu sesuatu ilmu itu, hendaklah kita beramal dan berkongsi kerana hakikat ilmu untuk dikongsi.  Wanita dan Gelisah Setibanya ustazah Nurhafizah di ILP, terus di mulakan majlis. Ustazah menceritakan tentang gelisahnya dirinya pada awal pagi tadi untuk melalui beberapa ujian di airport. Ustazah menghad...