Skip to main content

Akhlak..a.k.a...Perangaii

Ustaz Saifulrahman.. itik kuning..
 AKHLAK.. 



Surah Al-qalam, ayat 4

Holy Quran 68:4
------------------
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Adakah moral itu akhlak?
Apa beza etika dan akhlak?
Akhlak daripada Allah, melibatkan diri kita dengan tuhan, suruhan Tuhan.. Buat suruhan Allah, dapat pahala..
Moral dari pandangan manusia

Akhlak mazmumah dan mahmudah
Imam Al-Ghazali..
Akhlak datang tanpa sempat berfikir, responsif..
Respon tanpa berfikir, datang dari hati..muhasabah diri dengan melihat amalan kita seharian.. 

Yang menentukan akhlak berpandukan Al-Quran dan as-sunnah..
Fitrah manusia sukakan kebaikan.. Suci dan benda baik... Tidak sukakan kebaikan, orang buat jahat kepadanya...

Kepentingan akhlak..
Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak..
Asas ilmu Islam--(Aqidah, akhlak dan ibadah)

Aqidah 

Contoh:
(Bahan mentah)- mengucap dua kalimah syahadah, 
(Proses, mesin) -- layan hiburan, bergelak besar 
(Hasil, buah) -- iman tidak kukuh...



Akhlak adalah cerminan jiwa..
Jika iman kita sakit, maka jiwa juga akan sakit..

 Akhlak adalah buah kepada iman...
Ikhtilat -- perhubungan lelaki dan perempuan... 
Ada agama yang extreme,, sebagai contoh Kristian, melanggar fitrah manusia, paderi tidak boleh berkahwin..
Islam agama yang sederhana.. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu longgar.
 
Islam melarang muslimah melembutkan suara supaya tidak mengganggu hati lelaki.. !! 
Tetapi tidak mengajar muslimah untuk bercakap kasar, hanya menegaskan sedikit suara..

Dosa ialah apabila hati tidak tenang... Jadi, apabila kita tidak tenang, kemungkinan besar kita ada dan sedang melakukan dosa,,, STOP from doing it..

Akhlak yang buruk,,,
Ujub -kagum dengan diri sendiri
Takbur - kagum dan bangga diri 
Sum'ah

Bagaimana kita beramal dengan agama???
Jangan kita memandai-mandai jika kita tidak tahu.. Sebab itu diwajibkan kita untuk menuntut ilmu.. 

Husnudzon!!! 

Holy Quran 49:12
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


<Bab menegur>
Kita wajib menegur,.selepas itu tengok hasil teguran itu sama ada ditolak atau di terima.. 
Muhasabah diri, cara penyampaian kita, akhlak kita,, memang kita tak sempurna, tetapi yang penting kita berusaha ke arah kebaikan... 
Niat yang utama, kita menegur kerana kasihkan dia kerana Allah.. 


 Usrah gabungan 2
Anjung masjid Al-khalik
9-11pm

Comments

Popular posts from this blog

Kembali menulis

Menghampiri pertengahan 2019, baru terkial-kial membuka kembali lembaran blog yang telah lama bersarang. Sibuk sungguh dengan dunia atikah seorang ni. Now, I'm backkkkkkk to share with all of you something that can be benefit to other. :) (speaking la pula..hihi) Semoga atikah istiqamah :)inshaAllah Gambar dari google

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba...

Insan yang sentiasa dirindui (Lovely mummy $ abah)

Sebenarnya hampir dua tahun ingin ku coretkan mengenai insan yang amat dirindui, mak yang sudah hampir 3 tahun meninggalkan kami dan dan abah 24 tahun meninggalkan dunia ini. Alhamdulillah Ya Allah walau kami tak kaya, tapi kami dilahirkan, dibesarkan oleh insan yang tabah dan penyayang. Pengorbananmu amat bernilai dan akan selalu kami ingati wahai ibu. Tak banyak yang dapat ku coretkan mengenai perjalanan hidupmu sewaktu kecil, berkahwin dan semasa di awal perkahwinan. Tapi yang paling diingati kisah di mana saat dirimu diuji dengan kematian orang yang amat dicintai, suamimu yang merupakan abah kami. <Flashback> Aku merupakan anak yang kelima, anak perempuan yang keempat dalam keluarga. Alhamdulillah mak hamilkan adikku dan selamat melahirkan adik ketika aku berumur tiga tahun. Kelahiran adik pada kali ini  membuatkan abah dan mak berulang alik ke hospital. Kuning adik tinggi dan menyebabkan adik dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan dan pencahayaan bagi menurunk...