Skip to main content

JOdOh yang baik

Assalam.. 

Lama sudah terasa tidak mencoretkan tulisan di sini... 
Almaklumlah sem akhir.. Banyak sikit tugasan dan discussion..tetapi banyak yang nak dikongsi.. berlegar-legar dalam kepala ni..

tapi sekarang nak sharing dulu apa yang telah dinukilkan oleh ex-YDP PMIUSM 12/13 inchique Aiman di wall fb beliau..

--> 
Aku tengok post2 dalam group CARI JODOH MALAYSIA (CJM)..
Bukan sebab aku nak cari jodoh lagi ae..
Cume selalu memerhati dan tertarik bila sampai part ciri-ciri pasangan idaman..
Kebanyakan yang post biodata diorang ni,
bila sampai part tentang nak ciri2 pasangan idaman mereka tu mereka letak kriteria macamne?
Kebanyakan mereka nak dapat pasangan yang boleh bimbing mereka dunia akhirat,
bimbing mereka ke syurga dan yang boleh ajar mereka agama supaya anak-anak yang lahir dari zuriat perkahwinan mereka adalah anak2 yang baik2..
Kalau teliti betul2,
fitrah manusia semuanya nak kan kehidupan yang tidak lari dari agama..
Macam seorang mak ayah mengharapkan anak mereka menjadi soleh dan solehah, hafiz dan hafizoh walaupun mak rambut pelangi sekalipun, pakai ketat, terdedah sana sini, terbonjol atas bawah, ayah merokok, pakai rantai leher, suar pendek dan sebagainya..
Tapi hakikatnya mereka nak generasi yang lahir adalah generasi yang baik2,
generasi yang soleh
generasi yang penghafal quran,
genarasi agama..
Sebab kenapa?
Sebab agama itu satu keperluan hidup yang suci..
Keperluan hidup semasa kita hidup, keperluan hidup juga selepas kita mati..
Sebab tu bukan kita sahaja mengimpikan anak yang soleh solehah hasil dari setiap perkahwinan kat muka bumi ni..
Para nabi terdahulu juga berdoa kepada Allah supaya dikurniakan anak2 yang soleh..
Kalau para nabi pun berdoa mintak anak soleh, apatah lagi kita..
Contoh Nabi Ibrahim as,
Baginda berdoa kepada Allah dan dirakamkan di dalam Al-Quran
surah As-Saffat : 100
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang termasuk dalam orang-orang yang soleh"
Kalau kita lihat, seorang nabi juga berusaha untuk mohon pada Allah dikurniakan anak soleh.
Kalau kita tengok dari segi sejarah, isteri Nabi Ibrahim as sudah tua dan mandul, tapi seandainya Allah kurniakan anak, adalah sudah cukup baik bagi nya..
Sebab kenapa?
Sebab untuk menyambung pekerjaannya membawa agama suci..
Nabi Ibrahim as mohon seorang anak tapi Allah bagi 2 orang putera.
1) Nabi Ismail
2) Nabi Ishak
Bukan sahaja Allah kurniakan Nabi Ibrahim anak tapi Allah kurniakan juga kedua- dua anak Nabi Ibrahim itu jadi Nabi..
Satu pencapaian luar biasa.
Sebab kenapa?
Sebab tiada rekod para nabi yang anaknya sampai dua orang jadi nabi.
Dalam sejarah tidak ada nabi sehebat itu.
Hatta baginda Nabi saw, tidak ada anaknya menjadi nabi.
Nabi Daud as anaknya Nabi Sulaiman,
seorang sahaja anaknya jadi nabi tapi Nabi Ibrahim ada dua anaknya, dua2 jadi nabi..
Pernah sahabat-sahabat jumpa?
Ada orang dia jadi doktor, anak dia ada 5,
mungkin dari 5 anak, sorang dua orang jadi doktor..
tapi nak kelima-lima jadi doktor itu bagi saya imposibble..
tak tau la kalau sahabat-sahabat pernah jumpa..
Ada juga orang anak semua doktor, tapi mak ayah bukan doktor..
Situasi ni ramai..
tapi kalau nak jumpa seluruh ahli keluarga doktor,
dari mak ayah, sampai ke semua anak2 jadi doktor,
bagi saya belum jumpa lagi..
Tapi bagi Nabi Ibrahim as,
dia seorang Nabi dan anak2 nya juga adalah Nabi..
Yang menariknya lagi Nabi Ishak as dikurniakan putera bernama Yaakob iaitu Nabi Yaakob..
Nabi juga..
Kemudian, Nabi Yaakob dikurniakan 12 orang anak,
salah seorang anak nya bernama Yusuf.
Pun Nabi juga..
Daripada keturunan Ishak juga telah melahirkan ramai nabi-nabi yang lain..
Ayub, Shuib, Musa, Haron, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakaria, Yahya, dan Isa..
Semua nabi-nabi ini berjalur keturunan dari Nabi Ishak.
Namun bagi jalur keturunan Nabi Ismail,
lahirlah seorang nabi yang kita cintai iaitu Nabi Muhammad saw..
Begitu juga Allah rakamkan di dalam Al-Quran Suran Ali-Imran : 38 dimana Nabi Zakaria juga memohon kepada Allah untuk dapat anak soleh.
"Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa".
Begitu juga Nabi kita Nabi Muhammad saw, pernah mendoakan kepada anak Ummu Sulaim.
Ummu Sulaim ni dia ada anak, anaknya bernama Anas bin Malik ra.
Nabi berdoa,
"Ya Allah perbanyakkanlah harta dan anaknya, berkatilah apa yg Engkau kurniakan kepadanya."
Baginda Nabi saw tolong doakan kepada Ummu Sulaim untuk dapat anak yg soleh..
dan Anas bin Malik memang menjadi seorang anak yang soleh bahkan dia diambil jadi setiausaha sulit Baginda Nabi saw.
Lihat bagaimana para Nabi juga berdoa kepada Allah untuk dapat anak yang soleh..
Sedangkan para nabi pun berdoa, apatah lagi kita orang biasa..
Mencari jodoh dengan meletakkan syarat bahawa pasangan itu mesti boleh membimbing ke jalan agama, menuju syurga dan sebagainya adalah merupakan salah satu jalan dan ikhtiar untuk memperolehi anak-anak yang soleh.
Tapi.....
Pasangan yang kita harapkan untuk bimbing kita tu tak akan hadir sekelip mata selagi mana, kita tak letak azam bahawa aku juga harus bimbing diri aku menuju akhirat..
Bukan tunggu orang datang nak bimbing kita baru kita terbimbing..
Sebab tu bila kawin dapat anak-anak tak menjadi soleh, degil, melawan, sepak terajang mak ayah, menengking dan sebagainya,
Ibu bapa menangis mengenang dosa silam diri sendiri yang selama ini berdegil dengan Allah.
Timbul keinsafan.
Mungkin ini balasan Allah kepada aku kerana sepanjang usia muda aku,
aku berdegil dengan Allah..
Allah suruh aku tutup aurat, jaga akhlak, jaga adab dengan mak ayah,
aku cakap,
"Nanti dah tua xpe boleh bertaubat.. Time tu baru lah pakai tudung.."
"Nanti time raya aku mintak lah maaf kat mak ayah aku."
"Ala nanti aku cari lah laki yang boleh bimbing aku, barulah aku berubah."
Sebab tu orang tua-tua kata, biar kita menangis sewaktu anak itu kecil, jangan kita menangis bila anak itu sudah besar..
Perkara penting dalam urusan mencari jodoh yang baik ini adalah meletakkan harapan supaya membimbing diri jadi baik juga..
Kerana soal membimbing ini perlukan nilai yang tinggi iaitu nilai hati..
Kalau hati kita sendiri gagal untuk kita pandu, masakan kita mengharap orang lain utk pandu hati kita.
Hati ini urusan Allah..
Dia cipta hati kita dan Dia sahaja yang boleh tolong kita..
Sebab tu, bila mana Allah perintahkan sesuatu syariat utk kita taat adalah untuk membimbing hati kita..
Utk kebaikan makhluk yang dia cipta..
Seandainya kita sndiri selalu berdegil dengan pencipta hati, bagaimana kita boleh memberi jaminan kepada diri kita sndiri akan terpandu bila hadir orang lain untuk membimbing hati kita?
Sedangkan arahan pencipta hati pun kita tak taat.
Inikan pula manusia lain yang mana manusia itu juga Allah yang cipta..
Peringatan ini utk saya dan semua..
Semua orang mengharapkan jodoh yang baik..
Pengakhiran hidup yang baik,
Zuriat yang baik..
Segala-galanya baik...
Kebaikan yang kita dambakan semua ini perlukan ketelitian, sifat kehambaan, kecintaan yang tinggi kepada Allah.
Barulah apa yang Allah kurniakan itu nanti sesuai dgn pengorbanan kita sebagai hamba..
p/s : Kita nak rasa kek yang sedap, bentuk kek yang menarik, baunya yang harum, tapi kita mengadun ramuannya dengan ala kadar tanpa penelitian dan kesungguhan.
Sudah pasti harapan untuk mendapat kek yang kita idamkan tidak akan tercapai kerana penghasilannya yang kurang kemas..
Begitu juga diri kita sendiri..
Kita mengharapkan semua yang baik dalam hidup kita tapi kita mengadun kehidupan kita dengan adunan yang salah, tidak teliti, tidak bersungguh2..
Adakah kebaikan itu akan datang dengan jalan yang salah caranya?
Kebaikan tak pernah salah tapi yang salah adalah diri kita..
Semua nya bergantung kepada diri kita sendiri dalam mencorak dan mengadun kehidupan ini.


# Best kan analogi pasal kek tu.. Sebenarnya apa2 yang berlaku di sekeliling kita sangat berkait dan kita juga boleh belajar untuk adaptasi dari sesebuah kehidupan, either from an animal, tree and even lampu, kipas and so on...

# Sebut pasal doktor, that's my ambitious dari kecil, amanat arwah abah.. tapi insyaAllah andai ada jodoh dengan doktor Alhamdulillah.. :) Dan bercita-cita untuk tuntut ilmu sehingga ke peringakt dr falsafah... Doakan...:)

Comments

Popular posts from this blog

k-FIQH --> Wanita Solehah Pendamai Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.. entry kali ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat di konvensyen fiqh wanita dan Islam. Salah satu tajuk yang telah dibentangkan adalah Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Kami telah dibekalkan beberapa keping 'lecture note' supaya tidak ketinggalan semasa sesi pembentangn tersebut. Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan. Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai). Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari ba...

Tika hati gundah gulana

Ya Allah .. hanya kepada-Mu aku mohon.. supaya menenangkan hati yg gundah gulana tatkala masalah melewati diri ini.. Ya Rabbul Izzati.. bantulah hamba-Mu ini supaya tabah menghadapi ujian dari-Mu.. Aku bersyukur Ya Allah yg telah mengujiku dan memberi peringatan agar tidak leka dgn keduniaan semata2.... "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan." "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya." "Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar." "Doa memberikan kekuatan pada orang yang...

Puisi Buat Abah....

Abah, Dikau amat anakmu kasihi, Kasihku erat terikat mati, Tak bisa diurai mahupun dirungkai, Meski masa beredar pergi. Abah, Perintah Tuhan akanku taati, Ibu dikampung akanku jagai, Cita cita akan aku gapai, Meski cabaran menggunung tinggi… Abah, Rinduku datangnya tanpa dipinta, Datang bersama sebak didada, Hingga tak terucap dengan kata kata, Selalu jua ku memendam rasa, Meski jiwa tangis segala. Abah, Nasihatmu sering beserta hikmah, Dalam sendu atau sendawa, Senyummu penawar pengubat amarah, Hati yang gusar menjadi ketawa. Abah, Coretan ini telah kulakar, Bukti rinduku adalah benar, Pengorbananmu terlalu besar, Kebaikanmu penuh sinar. Abah, Hanya doa mampuku panjatkan, Beserta al Fatihah sebagai kiriman, Mohon selamat jua keampunan, Moga rohmu beserta yang beriman, Dikasih Allah tuhan ar Rahman, Syukur Ya Tuhan kerana telah memberi memori2 yg indah yg dapat diingati bersama arwah abah walaupun saat itu masih sgt  dlm era kanak-kanak. Walaupun puisi ini dicopy dari...