Tarbiyah Cinta....
Dai Tajdid Hadhari
Dai Nik Farhan
Ustaz Abdul Hadi (imam UITM merbok)
Cinta itu,cahaya sanubari..
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana tercipta lah cinta
Di situ rindu bermula...
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-galanya..
Semua kerana CINTA
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa
Terpadam lah api benci permusuhan
Terjalin lah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan kita pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Hanya sementara
Serta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan...
"Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak lelaki,harta yang banyak dari jenis emas dan perak,kuda pilihan, binatang-bintang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlahntempat kembali yang baik".. Surah Al- Imran;14
Apa itu tarbiyah? Apa itu cinta?
Kisah nabi Adam di syurga, melihat burung2 dgn pasangan,lalu dikurniakan Hawa...
Sesungguhnya manusia yang diciptakan di sekalian alam, kembali kepada fitrah.
Tarbiyah mendidik,memelihara.."Allah tak kata manusia yang mulia ini seperti....tetapi mereka yang mulia ini adalah yang bertaqwa..
Cinta ini sifatnya mendesak.. Mendesak yang bagaimana..?
Bila mana rasa rindu, ingin berjumpa, berlarutan sehingga ke arah yang dilarang Allah..
Menahan dan bersabar.
Cinta ini sifatnya emosi dan sensitif...
Islam mengajar supaya berlaku rasional dan tawadhuk..
Cinta ini sifatnya mengajak kepada perhatian..
Islam ajar kita bersederhana..
Cinta ini sifatnya berimaginasi..
Imaginasi yang Dibawakan cinta ini
Cinta yang mendekatkan ujian dengan mehnahnya...Kisah Nabi Ayub alaihissalam dengan isterinya.. Ada ulat-ulat di atas kepala ketika nak solat..
Rezeki yang Allah berikan di atas kepala..
Taman2 syurga ada 2 di dunia..
1-->Taman syurga di Masjid Nabawi, Raudhah..
2-->Taman syurga di majlis ilmu.
Salah satu sifat orang yang bahagia ialah mereka yang bercinta.
Nikmat, anugerah dan hadiah dari Allah.
Cinta bukan dosa, tetapi satu pengabdian..
Dengan cinta kita boleh mengenali pemilik cinta, mendekatkan diri dengan pencipta dan beribadah kepadanya..
"Seandainya kamu meletakkan cinta kepada ayah,ibu,anak,isteri melebihi cinta kepada Allah, nescaya kamu akan terima balasannya...."
Cinta sesama keluarga
Macam mana nak uruskan hati dan cinta?
Cinta itu suatu perkara yang sukar difahami...abstrak, dan tersembunyi.
Seawal-awal agama ialah makrifatullahh... Mengenal Allah. Sifat2 Allah..yang asas.
Allah tidak berhajat kepada tempat.
Nak kenal Cinta sebenarnya ialah Kenal Allah, kenal Al-Quran.
Cinta manusia kita akan dapat, tapi mungkin setengah jalan..kerana membelakangkan Allah, Allah tidak meredhai.. Akhirnya cinta kecundang di tengah jalan..
Kadang-kadang atau kebanyakan, cinta itu mengubah niat yang suci..
Macam mana cinta islami??
Hati-hati dengan panahan syaitan. Lagi tinggi makamnya, lagi tinggi syaitan yang datang...
Kalau nak tengok contoh cinta terbaik, singkaplah cinta para anbiyak..
Pernikahan Adam dan hawa di syurga... Maharnya berselawat kepada Allah sebanyak 10 sekali..tetapi akibat suatu kisah yang dilarang, diturunkan dan dipisahkan di bumi... Nabi Adam diturunkan di India, hawa diturunkan di Jeddah....
Kisah Rasulullah dengan Sayyidatina Khadijah.. Walaupun banyak yang datang Khadijah bermimpi turunnya cahaya mentari.. Menantikan kehadiran Muhammad..
Bagaimana akhlak Rasulullah dapat menawan hati Khadijah..
Wanita itu dinikahi kerana 4, agama, keturunan,harta,rupa..
Nak cari begini perlu ada ilmu... Siapa yang nak dunia, perlu belajar dan ada ilmu, nak akhirat juga, perlu ada ilmu, nak kedua-duanya,perlu ada ilmu.. Ilmu agama..
Jadinya, nak menyuburkan cinta, belajarlah ilmu..
Yang kedua, perlu istiqamah!!!!
Istiqamah dalam ibadah ini bukan apabila ditimpa musibah sahaja, tetapi dalam apa jua keadaan..
Yang ketiga, jangan hilang pergantungan kepada Allah SWT..jangan sesekali meletakkan harapan dan bergantung kepada makhluk Allah sehingga akhirnya mematikan diri..
Yang keempat, sentiasa berzikir kepada Allah..
Kenapa ada yang sampai sanggup bunuh diri kerana cinta... Kerana cinta, hilang kemanusiaan..
Cinta itu buta dan boleh membutakan.. Buta sehingga setiap perkara itu indah-indah belaka, tetapi apabila satu ujian yang datang, terus rebah.. Astaghfirullah...
Jadinya, jalinkan cinta dengan Allah.. Bagaimana??
Selalulah membaca dan menghayati surat-surat dan ayat-ayat Cinta Allah..
Akal, setiap manusia ada..akal perlu diuruskan..m
Apa yang ingin disampaikan tentang tarbiyah cinta..
Kita kena faham bahawa cinta yang bersulamkan nafsu akan DUKA
D-dosa
U- Usir kebahagiaan
K-keluh kesah dan kecewa
A-angan yang tak kesampaian
Hidup ini akan ada pengakhirannya..SYURGA
S-sabar
Y-yakin
U-unik, hebat, luar biasa, walau bagaimana ujian yang diberi, tetap ampuh hadapi..
R-redha,
G-
A-amanah, buat tugas
Sayang-sayang Allah, rindu-rindu Rasulullah..
Wanita nak masuk syurga,perlu ikut 4 perkara... Jaga solat, jaga puasa,jaga maruah diri,taat ibu bapa atau taat suami bagi yang sudah berkahwin..
Ciri2 wanita yang baik ialah yang murah maharnya, yang ramai anaknya, yang mudah perkahwinannya...
Comments
Post a Comment